Archive for January 2012

Minat M.U, Chelsea, Barcelona, Arsenal, Man City. Okay minat okay. Tapi aku tak paham kenapa kita boleh minat sesuatu yang bukan part of our life. Macam minat pasukan yang terer, tak pe. Tapi kalau pasukan yang selalu kena ayam, main hampeh, manager bongkak, kita minat itu berasakan apa? Kita bukan duduk dekat North London nak minat Arsenal gila-gila, kita bukan duduk dekat Liverpool nak minat Liverpool gila-gila. Em itu contoh sahaja.

Aku bukan apa, cuma pelik dengan peminat EPL ni, pasukan yang kita minat itu, kenapa? Ada apa dengan hidup kita? Atau masa kita kecik-kecik, dorang pernah bagi beg sekolah ke, apa ke, tapi rasa macam tak ada. Apakah, basis kepada keminatan, keghairahan kita, terhadap pasukan-pasukan tersebut. Itu yang selalu bermain difikiran aku.

Minat team Kelate, okay aku boleh terima, sebab memang duduk kelate, tapi kalau minat team yang tak de kaitan dengan mereka pulak, macam mana?

Okay, minat pemain. Tapi jika pemain itu berpindah, kita dah tak minat ke? Tak jugak.

Okay minat performance, tapi jika performance tu semakin kureng, kita minat juga kan?

Okay minat segala-galanya pasal pasukan tersebut. But why????? Sampai sanggup kutuk-mengutuk, cerca mencerca, menangis jika pasukan feveret kalah. Yes again, but why? What is your basis of those interests????

Sungguhpun aku tak faham, dengan manusia.

Suka apa? Suka hati?
Bukan. Maksud aku, suka kepada si dia.
Kita boleh cakap, aku suka sangat kat dia.
Tapi atas sebab apa.
Comel, hensem, badan mantap, sasa.
Itu biasa kita dengar.
Betul.
Suka dan cinta itu sesuatu perkara yang berbeda.
Namun.
Suka juga boleh membawa kepada cinta.
Bak kata aku.
Tak suka maka tak cinta.
Namun.
Setakat mana kita suka.
Setakat mana kita cinta.
Orang yang kita suka.
Belum tentu orang yang kita cinta.
Namun.
Orang yang kita cinta.
Ialah.
Orang yang kita suka.
Apakah.
Asas kepada suka.
Ataupun.
Hanya suka-suka.
Jangan.
Pernah tertukar.
Antara.
Suka juga cinta.
Kerana.
Cinta.
Tak mungkin tumbuh.
Tanpa dibajai.
Perasaan suka.
Cinta.
Tanpa suka.
Ibarat.
Hidup.
Tanpa matlamat.


Karya ini adalah nukilan daripada jiwa penulis tatkala diruntun perasaan keseorangan, di kala sang rembulan, dilitupi, awan yang memeluk rapat.
Err ekceli gua boring. Sori. Tapi karya gua kalau dapat publish kat KOMSAS form 4 okay jugak.

USM Bloggerz