13 Koleksi Terbaik 2013

Posted by Azman - -

Salam.

Seperti tahun lepas, aku keluarkan anugerah Gambar Terbaik Tahunan yang telah diambil sepanjang tahun. Untuk tahun lepas, 12 gambar terbaik sempena tahun 2012 telah dipilih, ditapis, dicerna, di metabolised, dan dinyah hadam dan di kumpulkan dalam satu entri yang dapat dilihat DI SINI.

Maka tahun ini, sempena tahun 2013, maka 13 gambar telah dipilih dan dinilai secara saksama dan telus. Tiada politik wang, wang kopi, wang bawah meja, wang sogok telah berlaku ketika proses pemilihan tersebut.

Pada mulanya aku bercadang untuk keluarkan pada hujung tahun 2013, namun kemungkinan besar pada masa itu aku telah dihantar berkhidmat di mana-mana, yang memungkinkan aku untuk tiada masa untuk berbloging, apatah lagi untuk mengambil gambar. Tambahan pula aku telah jual lens Tokina 11-16mm, dan membuatkan aku terpaksa bersara dari dunia pengimejan untuk sementara waku. Jadi anugerah ini terpaksa dikeluarkan sebulan lebih awal dari tarikh sepatutnya.


Kok Pasir
1. KOK PASIR



Kecamuk
2. KECAMUK



Serenity
3. SERENITY




Jubakar HDR
4. SAMPAN HDR

Pantai Kerachut
5. STAND UP STRAIGHT




Framed by Nature
 6. FRAMED BY NATURE



Teluk Kumbar
7.  TELUK KUMBAR



Teluk Kumbar
8. DANCING BOAT



Masjid Muhammadi
9. MASJID MUHAMMADI



Kelantan
10. KELANTAN
   


Street Art
11. PENANG STREET ART
    


Go Straight
12. STRAIGHT RAILWAY
   

Jubakar in Misery
13. GLOOMY JUBAKAR
  Itu sahaja dari aku. Memang banyak lagi yang perlu dipelajari, terutama bila tengok hasil otai, memang nak menangis. Fotografi bukan sekadar berapa banyak like kita dapat di FB, itu tak penting pun. Tapi setakat mana kita berpuas hati dengan hasil kita, dan setakat mana kita nak improve kepada yang lebih baik. Aku berasa teruja bila otai Mozakim dari Fotomedia buat favorite gambar aku di Flickr.  Untuk otai like gambar kita, tipu la kalau tak gembira.

Namun buat masa ini, aku harus berundur sekejap dari dunia fotografi atas tuntutan kerja, rumahtangga, kewangan dan sebagainya. Namun aku berjanji ia tidak akan terhenti di sini sahaja, aku akan kembali dengan karya yang lebih baik INSYAALLAH!

2 Responses so far.

  1. Pha Is says:

    aik.. semua landscape..? tahun lepas ada jugak diversiti.. hehehe

  2. Azman says:

    tu gambar budak tu street art tuuu haha

USM Bloggerz