12 Koleksi Terbaik 2012

Posted by Azman - -

Kini, genaplah 1 tahun 4 bulan aku berkecimpung dalam bidang fotografi. Masih muda, masih belajar bertatih, masih menyusu badan, jika analoginya adalah seorang budak kecil. Banyak lagi benda yang perlu belajar dalam bidang fotografi ini,umpamanya kalau aku sebagai pelajar pemukul gambar, aku ingin memahirkan diri dengan teknik long exposure untuk mendapatkan star trails, milky ways, teknik panning, teknik komposisi potret, teknik flash, dan bermacam jenis teknik lagi. Namun, ianya merupakan lifelong learning, yang aku aku cuba memahirkan diri.

Sekarang, semua orang mampu memiliki kamera canggih. Iyalah, dulu kamera mahal. Tak silap aku, tahun 2010 Nikon D90 RM4000, sekarang dah turun sampai RM2500. Tapi, kamera mahal boleh beli, passion tu yang tak boleh beli. Serius cakap, kalau tak ada passion, memang tak ke mana. Passion tu juga la sebabkan kita cari ilmu, improve teknik, selongkar semua thread dalam forum, dan yang penting, keluar shoot. Aku dulu pun sebelum beli kamera, aku baca forum fotomedia sikit sebanyak, dan lepas sebulan beli kamera, aku khatam thread forum tu, tinggal nak praktikkan saja.

Point aku kat sini ialah, sekarang semua orang sudah mampu beli kamera mahal, cakap je, Leica, Hassalblad, Mamiya, semua boleh beli, tapi kalau tiada passion, sayang la kepada potensi kamera tu. Analogi mudah ialah pakai Z1000 tapi bawak 40km/h saja, baik beli honda C70  je kan?

Jadi, ini ialah 12 koleksi yang tak seberapa bagi tahun 2012. Tapi walaupun tak seberapa, aku bangga, at least aku hasilkan dengan usaha aku sendiri. Hmmm moga tahun 2013 akan bertambah baik lagi, hmmm....



Jubakar Pantai in Fire


 Teluk Bayu


Miss Ladybird

Blue Hour

Dragonfly

Endless Journey | Termites 7Longhorn Beetle

Robber Fly

Smoke Photography +Studio-ing

Tri-ain

1Retro


 HDR Jubakar Pantai

6 Responses so far.

  1. pha is says:

    analogi yg cukup baik.. hahaha

  2. Azman says:

    kah3,betui la tu bro

  3. terbaik..:-)nampak smooth je gambar2 nie

  4. Azman says:

    terima kasih seribu pilihan :)

  5. KY says:

    masyaAllah...cantiknya KY paling suka y pertama dan terakhir tu

USM Bloggerz