Cheat dan Trick untuk Candy Crush

Posted by Azman - -

Hai, kabare.


Hari ini gua nak kongsi tips, tricks, cheats dan hacks untuk game yang paling ramai orang main di abad ini, iaitu Candy Crush.

Bagi sapa-sapa yang pernah main, enkorang mesti tahu kan yang dia pakai sistem nyawa, dan nyawa ni limited, habis nyawa kena mintak merayu dengan kawan. Itu yang penuh notification dekat Facebook tu.

Ok. Caranya mudah saja.Ok aku bagitahu konsep je dulu. Game ni dia pakai masa untuk generate nyawa, setiap 20 minit dapat 1 nyawa tak silap gua. Dan masa itu pula berdasarkan masa di telefon engkorang. Jadi, secara logiknya, korang boleh menipu game ini dengan mengubah masa di telefon setiap kali kehabisan nyawa. Mudah kan.

Jadi apa yang aku buat, setiap kali nyawa habis, aku keluar game tu, lepas tu masuk setting masa, tukar masa jadi 1 hari lebih cepat. Dan automatik korang akan dapat nyawa full dan korang tak kena tunggu berjam jam untuk nyawa penuh. Lepas puas main game, korang tukar la masa tu jadi betul balik.

Trick ni juga boleh digunakan untuk korang dapatkan tiket. Biasa korang kena request tiket dengan kawan, tapi kadang-kadang kawan pun malas nak layan korang tu. Jadi korang main quest, dengan syarat kena offline. Tapi lecehnya quest ni, kena tunggu 3 hari untuk habiskan semua quest tu. Jadi korang boleh guna trick tadi jugak untuk skip 1 hari menunggu.

Tapi, setiap jurus hikmat pun ada kelemahan dia. Reanimation technique yang Kabuto pakai pun ada flaw, inikan pula hikmat jurus terbang terlarang candy crush ni. Kelemahan dia sekali korang pakai teknik terlarang ni, korang sudah tak boleh berpatah balik. Maksudnya, setiap kali korang nak main, korang kena start dari tarikh last korang main. Itu je.

Kalo korang dah tahu teknik ni takpe, kalo tak tahu lagi, dan rasa jurus terlarang ni berguna, ucaplah terima kasih EncikAzman di ruangan komen.

Kbyethx.

USM Bloggerz