Poyografer

Posted by Azman - -

Aiceh, gua a tu poyografer.

Budak baru belajar kamera yang konon-konon fotografer.

Tanggal 27/9/2013 ni, kiranya dah 2 tahun laa aku terjebak dengan dunia kamera, iaitu dunia tanpa batasan imaginasi. Yang terbatasnya cuma duit sebab tak mampu beli Canon 5D Mark ii.

2 tahun bagi aku, adalah satu tempoh yang kalau kita lukis graf, dia sudah menghampiri plateau state. Konon macam ni haa...

Kenapa aku cakap begitu, sebab aku hampir mencapai saat boring dengan kamera, satu keadaan yang berbahaya bagi penggemar fotografi.

Faktor utama bagi aku ialah kurangnya explore ke tempat-tempat yang baru. Lagi-lagi aku sebagai penggemar genre lanskap, maka tempat baru dan segar amat penting bagi aku untuk teruskan kesinambungan dalam karya aku, peh. Mungkin, bila dah kerja, duit ada sikit-sikit, boleh la ke tempat menarik sikit aku rasa.

Faktor kedua ialah aku hanya ada 1 lensa sahaja, iaitu ultra wide angle, Tokina 11-16mm. Walaupun lensa ini hebat dan sangat berkualiti, namun penggunaan terhad untuk lanskap sahaja.  Secara peribadi, Tamron 17-50 lebih praktikal untuk landskap, potret, street. Dan sebenarnya, kewanganlah yang menjadi faktor pengehad sebenarnya. Bagi aku, cukuplah Tokina 11-16mm, Tamron 17-50mm dan lens makro sebiji seperti Tamron SP90 atau Nikkor 105mm. Nak sedap lagi, lensa 35mm dan 85mm untuk potret atau street. Ada duit lebih, angkat fish eye Samyang 8mm ke. Jadi, dengan pelbagai lensa ni, tak ada la bosan sangat. Hari ni keluar street, esok pergi makro pulak, lusa landskap ke, haa macam tu.

Selepas lebih kurang 2 tahun aku terjerumus dalam arena perkameraan ni,aku perasan bahawa aku lebih menghayati keindahan alam ni, dan juga flora dan fauna. Contohnya bila aku ternampak awan, aku merenung dan menghayati keindahan awan tu. Sama juga dengan sunset dan sunrise. Aku jadi lebih peka terhadap alam ini. Yang mana sebelum aku pegang D90, aku tak kisah pun macam mana bentuk awan, apa yang cantiknya sunset/sunrise, seriously aku cakap.

Jadi harapan aku, selepas dua tahun ni aku terus mengorak langkah menjadi seorang poyografer yang handalan dan berkaliber, peh...



2 Responses so far.

  1. alah, sat lagi jadi pegawai ada duit nak beli lens banyak2 :DDD

  2. Azman says:

    jadi pegawai xde masa la plak haha

USM Bloggerz