Mentaliti

Posted by Azman - -

Assalamualaikum.

Selamat hari raya kepada semua pembaca sekalian (macam la ada pembaca)

Amacam duit raya? Lebat?

Gua macam biasa lah, Dapat la jugak seposen dua, tu pun gua ingat tak dapat dah. Hmmm ok  lettew, duit raya last katakan. Taun depan gua pulak kena bagi duit raya (amin).

Macam biasa jugak, soalan yang paling banyak ditanya ialah
''dah habis ke belajar?''
''bila konvo?''
'' bila kahwin?''
''result macam mana?''

Jadi, nak dijadikan cerita, pada satu pagi yang hening dan hanya bunyi cengkerik yang kedengaran, aku didatangi kakak dan abang iparku.

Macam biasa la, ken tanya bila habis, konvo bila pointer berapa blah blah blah. Sampailah satu ketika, aku ditanya mahu kerja di bahagian mana, hospital, industri atau komuniti. For sure, dari dulu lagi aku prefer hospital, sebab dapat praktik pharmaceutical care dengan lebih meluas, dah memang itu jugak yang kami belajar masa praktikal. Nak join industri, bukan tak boleh, tapi memikirkan aku punya exposure terhadap industri sangatlah sedikit. Pada hemat gua, kalo nak join industri, at least kena pergi praktikal jugak dekat industri masa tengah belajar dulu, baru tahu persekitaran dia macam mana. Komuniti pulak, biasalah, no money no talk.

Pastu sembang punya sembang, abang ipar aku cakap, mentaliti rakyat malaysia terutamanya melayu, sangatlah lemah. Lemah dari segi semangat saing, komitmen terhadap kerja dan kurang integriti.

Lemahnya mentaliti ini menyebabkan orang melayu lebih suka kerja makan gaji a.k.a kerja kerajaan. Ye la, senang, rileks, kurang tekanan, cuti banyak, claim banyak, tua tua besok pon dapat pencen. Ini yang menyebabkan kurangnya melayu gemar menceburi sektor swasta, yang dikatakan tidak terjamin, senang kena tendang dan sebagainya.

Dah tu pulak, tambah beliau lagi, mentaliti orang melayu (bukan semua), menganggap adalah satu tugas kerajaan untuk menyediakan kerja. Bagi mereka, asal dapat kerja, dapat gaji, sudah memadai. Macam kerja tu hanyalah sampingan, hanya jalan untuk dapat gaji. Naik gaji, tukar kereta.

Tak salah, memang kerja perlu ada gaji, dan gaji itu pula motivasi. Tak ada rasanya yang mahu kerja tanpa dibayar gaji. Tapi yang salahnya dekat sini, gaji mahu banyak, komitmen tak ada, claim cuti memanjang, duit claim pun nak tipu, punch card suruh kawan tolong punchkan, tak sampai tengah hari dah lunch, breakfast pukul 9 lepas punch card.

Tak perlu sampai ponteng kerja curi tulang, cukup la tengok bila dapat overtime, tak dapat cuti raya. Masing-masing mengeluh di facebook. Ini lah contoh kerja, tapi kurang komitmen. Tak sanggup kerja lebih masa, tak sanggup berkorban jika lebih spesifik.

Inilah masalahnya, kita tak faham konsep kerja. Bagi kita, cukup sekadar pergi pagi, balik petang, hujung bulan dapat gaji. Kerja untuk dapat gaji semata-mata. Sepatutnya, kerja untuk melaksanakan tugas. Kalau cikgu, niat untuk didik pelajar bagi berjaya, bukan sikap lepas tangan ''ala lantak lah kau malas belajar, aku tiap-tiap bulan dapat gaji''. Banyak yang macam ni. Bukan hanya cikgu, semua pun sama, doktor, farmasi.

Benda ni, tak payah tunggu kerja pun tak apa. Masa belajar pun kena bersikap macam ini dah. Lagi-lagi yang mendapat biasiswa. Kita dibayar setiap sem, menggunakan duit cukai rakyat, untuk belajar, untuk berbakti kepada negara. Belajar ialah amanah. Justeru itu, amat tidak wajar, untuk kita tak bersungguh semasa belajar. Kalau malas, kita dah pecah amanah, duit yang diterima setiap sem tu, kita nak kira macam mana. Aku pun, bukan rajin, tapi aku cuba untuk rajin belajar. Aku tak malu, setiap sem pergi library semasa study week. Ada orang cakap aku rajinla, skema la, apa la. Nope. Aku cuma berusaha membalas dan menjaga amanah dari masyarakat. At least, kalau aku gagal, aku boleh jawab, aku dah berusaha. Kalau aku gagal tanpa usaha, aku malu, aku tak tahu nak jawab, bila Allah tanya apa yang aku buat sebagai ganti selepas dapat biasiswa.


Aku bukan nak tunjuk pandai, bajet good2 je. Aku cakap ni pun, peringatan untuk aku juga. Yang mana korang rasa baik, ambil dan digest, yang buruk salah salah, abaikan.

Ok lah, aku nak pergi kenduri. Babai.


2 Responses so far.

  1. setuju giler. keje kerajaan ni org pandang lekeh macam semua yang keje kerajaan ni malas, kaki curi tulang, etc etc.

    depends kat kita jugak laa nak tukar stigma tu kan.

    tapi sebenarnya geng buat keje sambil lewa ni ada gak kat bahagian swasta. sama je, cuma swasta ni lagi senang buang org daripada kerajaan, kan.

    anyway, congrats! jumpa time konvo ni. selamat hari raya, huahuahua

  2. Azman says:

    yup, betol, huhu
    selamat hari raya jugak :D

USM Bloggerz