Archive for August 2013

Aiceh, gua a tu poyografer.

Budak baru belajar kamera yang konon-konon fotografer.

Tanggal 27/9/2013 ni, kiranya dah 2 tahun laa aku terjebak dengan dunia kamera, iaitu dunia tanpa batasan imaginasi. Yang terbatasnya cuma duit sebab tak mampu beli Canon 5D Mark ii.

2 tahun bagi aku, adalah satu tempoh yang kalau kita lukis graf, dia sudah menghampiri plateau state. Konon macam ni haa...

Kenapa aku cakap begitu, sebab aku hampir mencapai saat boring dengan kamera, satu keadaan yang berbahaya bagi penggemar fotografi.

Faktor utama bagi aku ialah kurangnya explore ke tempat-tempat yang baru. Lagi-lagi aku sebagai penggemar genre lanskap, maka tempat baru dan segar amat penting bagi aku untuk teruskan kesinambungan dalam karya aku, peh. Mungkin, bila dah kerja, duit ada sikit-sikit, boleh la ke tempat menarik sikit aku rasa.

Faktor kedua ialah aku hanya ada 1 lensa sahaja, iaitu ultra wide angle, Tokina 11-16mm. Walaupun lensa ini hebat dan sangat berkualiti, namun penggunaan terhad untuk lanskap sahaja.  Secara peribadi, Tamron 17-50 lebih praktikal untuk landskap, potret, street. Dan sebenarnya, kewanganlah yang menjadi faktor pengehad sebenarnya. Bagi aku, cukuplah Tokina 11-16mm, Tamron 17-50mm dan lens makro sebiji seperti Tamron SP90 atau Nikkor 105mm. Nak sedap lagi, lensa 35mm dan 85mm untuk potret atau street. Ada duit lebih, angkat fish eye Samyang 8mm ke. Jadi, dengan pelbagai lensa ni, tak ada la bosan sangat. Hari ni keluar street, esok pergi makro pulak, lusa landskap ke, haa macam tu.

Selepas lebih kurang 2 tahun aku terjerumus dalam arena perkameraan ni,aku perasan bahawa aku lebih menghayati keindahan alam ni, dan juga flora dan fauna. Contohnya bila aku ternampak awan, aku merenung dan menghayati keindahan awan tu. Sama juga dengan sunset dan sunrise. Aku jadi lebih peka terhadap alam ini. Yang mana sebelum aku pegang D90, aku tak kisah pun macam mana bentuk awan, apa yang cantiknya sunset/sunrise, seriously aku cakap.

Jadi harapan aku, selepas dua tahun ni aku terus mengorak langkah menjadi seorang poyografer yang handalan dan berkaliber, peh...



Proton Suprima S:









Pros & Cons:
  • Design belakang ok lah, design depan ceq tak berkenan (7.5/10)
  • Ruang: Kecik (6/10)
  • Harga: 76-79K, mahal (6/10)
  • Nama: Fancy, funny etc lol. (3/10)
  • Enjin: laju kot, ntah nye (Not applicable)
  • Safety: 6 air bags, 5 ANCAP star (8/10)

Toyota Vios



Pros & Cons:

  • Design: Terlalu berusaha keras untuk nampak cantik, tapi tak cantik juga (5/10)
  • Ruang: Biase jew kottt, ntahh (NA)
  • Harga: Mahal sikit, 90K untuk premium model, ntahh, kome bekenan kome beli lahh (NA)
  • Nama: Ok lah, senang sebut, tak geliat lidah (8/10)
  •  Enjin: Ntahhh, powerr kottt, mana aku tawww (NA)
  • Safety: Ntahhh, bawak pelan-pelan baca bismillah selamat la kottt (NA)
 Honda City



Pros & Cons:

  • Design:  Ntahh, berkotak-kotak jewww (6/10)
  • Ruang: Biase jew kottt, ntahh (NA)
  • Harga: ntahhh, lebey kurang Vioss kotttt, malas aku nak gugel (NA)
  • Nama: Ok lahhh (8/10)
  •  Enjin: Ntahhh, powerr kottt, mana aku nak tawww, nak laju bubuh turbo aaaaa (NA)
  • Safety: Bawak kete kebal pun belum tentu selamat hmmm (NA)

The Verdict:

Maka juaranya adalahhhhh:

HONDA ACCORD CF4 EURO R





Design dia, walaupun 13 tahun yang lalu, tetap tidak dimamah usia. Tengoklah dari sudut mana pun, tetap hemsem dan mantap. Evergreen orang cakap.

Harga pulak, lebih kurang Nissan Almera je, RM60K. Bayangkan, harga kereta usia 13 tahun, still ada value, sentimental value orang cakap. Kalau iklan dekat Mudah, 2 3 hari je orang lain sambar dah, memang permintaan tinggi.

Pehhh...

Bukan gua nak rendahkan proton, even vios dengan city pun gua tak minat. Ntahhh, tak kena dengan jiwa gua. Sori beb siapa yang pakai. Iyelah, taste masing-masing, ye dok?

Pada petang yang panas terik, yang hanya kedengaran bunyi ekzoz-ekzoz motor sayup kedengaran, aku khusyuk melayari laman sosial Facebook.

Tiba-tiba mak aku datang seraya berkata

''Kita pakai baju nak tutup pekung, tapi semua pergi dedah pekung sendiri dalam internet''

Lantas menghabiskan kata-katanya, beliau pun keluar dari bilik.
Padu.

Assalamualaikum.

Selamat hari raya kepada semua pembaca sekalian (macam la ada pembaca)

Amacam duit raya? Lebat?

Gua macam biasa lah, Dapat la jugak seposen dua, tu pun gua ingat tak dapat dah. Hmmm ok  lettew, duit raya last katakan. Taun depan gua pulak kena bagi duit raya (amin).

Macam biasa jugak, soalan yang paling banyak ditanya ialah
''dah habis ke belajar?''
''bila konvo?''
'' bila kahwin?''
''result macam mana?''

Jadi, nak dijadikan cerita, pada satu pagi yang hening dan hanya bunyi cengkerik yang kedengaran, aku didatangi kakak dan abang iparku.

Macam biasa la, ken tanya bila habis, konvo bila pointer berapa blah blah blah. Sampailah satu ketika, aku ditanya mahu kerja di bahagian mana, hospital, industri atau komuniti. For sure, dari dulu lagi aku prefer hospital, sebab dapat praktik pharmaceutical care dengan lebih meluas, dah memang itu jugak yang kami belajar masa praktikal. Nak join industri, bukan tak boleh, tapi memikirkan aku punya exposure terhadap industri sangatlah sedikit. Pada hemat gua, kalo nak join industri, at least kena pergi praktikal jugak dekat industri masa tengah belajar dulu, baru tahu persekitaran dia macam mana. Komuniti pulak, biasalah, no money no talk.

Pastu sembang punya sembang, abang ipar aku cakap, mentaliti rakyat malaysia terutamanya melayu, sangatlah lemah. Lemah dari segi semangat saing, komitmen terhadap kerja dan kurang integriti.

Lemahnya mentaliti ini menyebabkan orang melayu lebih suka kerja makan gaji a.k.a kerja kerajaan. Ye la, senang, rileks, kurang tekanan, cuti banyak, claim banyak, tua tua besok pon dapat pencen. Ini yang menyebabkan kurangnya melayu gemar menceburi sektor swasta, yang dikatakan tidak terjamin, senang kena tendang dan sebagainya.

Dah tu pulak, tambah beliau lagi, mentaliti orang melayu (bukan semua), menganggap adalah satu tugas kerajaan untuk menyediakan kerja. Bagi mereka, asal dapat kerja, dapat gaji, sudah memadai. Macam kerja tu hanyalah sampingan, hanya jalan untuk dapat gaji. Naik gaji, tukar kereta.

Tak salah, memang kerja perlu ada gaji, dan gaji itu pula motivasi. Tak ada rasanya yang mahu kerja tanpa dibayar gaji. Tapi yang salahnya dekat sini, gaji mahu banyak, komitmen tak ada, claim cuti memanjang, duit claim pun nak tipu, punch card suruh kawan tolong punchkan, tak sampai tengah hari dah lunch, breakfast pukul 9 lepas punch card.

Tak perlu sampai ponteng kerja curi tulang, cukup la tengok bila dapat overtime, tak dapat cuti raya. Masing-masing mengeluh di facebook. Ini lah contoh kerja, tapi kurang komitmen. Tak sanggup kerja lebih masa, tak sanggup berkorban jika lebih spesifik.

Inilah masalahnya, kita tak faham konsep kerja. Bagi kita, cukup sekadar pergi pagi, balik petang, hujung bulan dapat gaji. Kerja untuk dapat gaji semata-mata. Sepatutnya, kerja untuk melaksanakan tugas. Kalau cikgu, niat untuk didik pelajar bagi berjaya, bukan sikap lepas tangan ''ala lantak lah kau malas belajar, aku tiap-tiap bulan dapat gaji''. Banyak yang macam ni. Bukan hanya cikgu, semua pun sama, doktor, farmasi.

Benda ni, tak payah tunggu kerja pun tak apa. Masa belajar pun kena bersikap macam ini dah. Lagi-lagi yang mendapat biasiswa. Kita dibayar setiap sem, menggunakan duit cukai rakyat, untuk belajar, untuk berbakti kepada negara. Belajar ialah amanah. Justeru itu, amat tidak wajar, untuk kita tak bersungguh semasa belajar. Kalau malas, kita dah pecah amanah, duit yang diterima setiap sem tu, kita nak kira macam mana. Aku pun, bukan rajin, tapi aku cuba untuk rajin belajar. Aku tak malu, setiap sem pergi library semasa study week. Ada orang cakap aku rajinla, skema la, apa la. Nope. Aku cuma berusaha membalas dan menjaga amanah dari masyarakat. At least, kalau aku gagal, aku boleh jawab, aku dah berusaha. Kalau aku gagal tanpa usaha, aku malu, aku tak tahu nak jawab, bila Allah tanya apa yang aku buat sebagai ganti selepas dapat biasiswa.


Aku bukan nak tunjuk pandai, bajet good2 je. Aku cakap ni pun, peringatan untuk aku juga. Yang mana korang rasa baik, ambil dan digest, yang buruk salah salah, abaikan.

Ok lah, aku nak pergi kenduri. Babai.


USM Bloggerz