Aku anti...

Posted by Azman - -

Ya, aku paling anti kalau ade mamat atau minah dekat FB dengan tak ada motif tukar nama. Kalau nama tu dari azali, sejak aku add memang guna nama tu takpe lah jugak. Ni tetiba je keluar nama pelik-pelik dekat wall. Tukar nama tu tak kisah, ni sampai jadi ultraman biru, pendrive merah, pajero putih, strawberi hitam apadehal. Okay, kalau tinggal nama betul kat belakang xpe lagi, macam Azman D. Luffi ke, ade juga nama sebenar Azman tu. Pastu kalau nama pelik tapi still nampak muka sebenar pun, kire okie lagi. Tapi ni dah sampai nama 'pendrive biru', profile picture pulak pokok, memang satu je aku buat, UNFRIEND.

Yup, dulu tak pe lagi, aku boleh bersabar, bukak profile dia balik, cek info, cek gambar, sebab nak tahu sapa. Tapi sekarang, no,no and no. Aku sudah penat. Last thing aku buat pun, aku bukak balik profile kamu tu, tengok kalau ada nama sebenar (in case just guna nama alternate)

Yelah, tahu lah FB tu kamu yang punya, anda ada hak nak tukar nama ke, profile picture ke, apa ke, tapi ingat, aku juga ada hak untuk, unfriend.

Bai.

3 Responses so far.

  1. pha is says:

    mcm entry aku ja... hahahahah

  2. Azman says:

    lain-lain, haha!

  3. aNeEs says:

    kesian kamu2 tu..

USM Bloggerz