Archive for May 2012





La nie semua duk pakat pakai henpon mahal, semua kayo, den jugak yang pakai henpon murah.

Biasalah, iPhone dengan Android ni, yang best nye dekat application je. Banyak.

Tapi, dalam banyak-banyak tu, ape yang paling ramai duk pakai, share dekat Fesbuk ialah Instagram.

Ya, Instagram.

Instagram is a free photo sharing program launched in October 2010 that allows users to take a photo, apply a digital filter to it, and then share it on a variety of social networking services, including Instagram's own.A distinctive feature confines photos to a square shape, similar to Kodak Instamatic and Polaroid images, in contrast to the 4:3 aspect ratio typically used by mobile device cameras.
 Instagram ni unik, sebab kita boleh buat komuniti kita sendiri. Tapi yang best Instagram ni, kita boleh apply filter sendiri. Kira tak payah ada Adobe Photoshop, Adobe Lightroom pun boleh pakai.Effect vignette, sephia, semua ada. Tak payah susah-susah belajar photoshop lightroom bagai.

Tapi, biasalah, mesti ada pros dan cons jugak kan Instagram ni.

Pros:
  1. Menggalakkan mereka meminati fotografi. Manalah tahu, kot-kot terbit minat untuk belajar mendalam dan bergiat serius.
  2. Boleh belajar kompo.
  3. Senang letak efek.
  4. Boleh bersosial.

Cons:
  1. Malas belajar editing. Jadi, ilmu tak berkembang sebab tak belajar benda baru. Tapi bagi yang tak serius, suka-suka, it's okay.
  2. Pencemaran gambar. Yelah, buat muka duckface letak dalam instagram ape benda. Lagi satu, kalau popuan, depa suka amik gambar kasut, duduk keliling pastu ambil  gambar kasut. I mean, err, but why?
  3. Semua gambar main letak filter, efek sephia apa semua. Sesetengah ok la efek tu, tapi bila semua, err... Efek atau tone bagi aku, just untuk highlight mood gambar tu saja, ni sampai makan nasi pun letak efek sephia ? Err ok fine, ada aku kisah.

Aku bukan anti Instagram, sila jangan salah paham. Aku pun cakap, ada pros dan cons kan. Kalau kira, aku sendiri pun nak instal, tapi apakan daya, henpon cap hayam. Dan pro fotografer pun pakai instagram, sebagai contoh, Dome Nikong, lawa je gambarnya.

So, gunakan teknologi dengan sepatutnya, dan kalau dah rasa terer pakai instagram, boleh lah cuba pakai yang lebih advance, kamera kompak, kamera hybrid etc. Dan cuba pula edit sendiri. Dari situ, kita akan dapat lebih kepuasan, berbanding menggunakan preset yang ada. Cuba jadi lain dari yang lain.

Btw, ni contoh gambar kasut yang aku maksudkan, hehe. Kalau satu tak pe, ni ramai pulak, kat mana-mana pun, probability untuk dorang posing begini sangat tinggi. Sebab apa tu kena tanya popuan laa, ehehe. Tapi kalau ada yang baca ni suka buat begitu, jangan terasa pulak, jangan tacing pulak, ini sekadar gurauan sahaja. Ekekekeke



Pilihan. Hidup kita mempunyai pilihan untuk kita pilih. Kita bukan hidup di negara China, semua ditetapkan oleh kerajaan.

Jadi, pilihan apa? Takde, cuma pilihan ketika memilih kamera. Lagi-lagi DSLR, tapi kalau kompak tak tanya pulak.

Jadi, bila ada pilihan, mulalah ada soalan. Kamera jenama Nikom ni bagus tak, ke lagi elok jenama Canom?

Soalan-soalan sebegini kerap ditanya di forum atau di group-group FB. Sikit-sikit tak apa lagi, bila dah banyak, orang pun naik meluat. Jenuh nak menjawab. Jadi jawapan yang lebih kerap diterima ialah dengan nada memerli.

Kepada si penanya, rasanya tak perlu bertanya, google sudah, banyak jawapan, review yang keluar pasal brand yang kita mahu. Tak perlulah tunggu untuk disuap, buat research, research and reseach.

Kepada si penjawab pula, tak perlulah menjawab dengan kasar sehingga menyinggung si penanya, cukup sekadar memberitahu pendapat, jika jemu dengan soalan, tak payah jawab. Ini tidak, sudah tahu jemu, jawab jugak, itu yang keluar segala mak nenek.

Ada siap bagitahu suruh beli kamera kompak je walaupun terang-terang nak beli DSLR. Bagi aku, kita tak ada hak nak suruh orang beli selain yang ditanya. Kalau alasan, DSLR susah nak belajar, nanti pakai AUTO je. So what, salah ke pakai auto? Lawa je gambar pakai auto pun. Ala, kalau pakai auto baik pakai kamera kompak je. So what, pakai auto pun duit dia, suka hati dia lah. Ala, kalau pakai pun buat pergi PAVI je buat apa. So what, kita ada hak ke nak halang orang gantung DSLR pergi pavi?

Mentaliti seperti DSLR hanya untuk PRO, DSLR hanya guna mode MANUAL, inilah yang membuatkan jawapan kepada soalan yang ditanya tadi, lebih kepada sarkastik. Seolah-olah kita merasakan, alah kau tak payah pakai DSLR, kompak saja, lawa je gambar. Memang, memang kompak pun cantik gambar, tapi jika dia mahukan DSLR, let it be. Jika niat dia untuk show off, itu dia punya pasal. Kan?

Aku sendiri pernah berada dalam persimpangan, cewah, namun aku buat research, research dan research.

So, aku cadangkan jika ada yang mahu beli kamera, sama ada DSLR, hybrid atau kompak, maka boleh ikut panduan am yang dapat aku simpulkan seperti di bawah:

1. Tujuan
- Ya, sebab minat atau suka. Kalau minat, go for DSLR atau HYBRID. Kalau suka-suka, kamera kompak coolpix sudah memadai. Dan kalau sebab suka-suka, boleh close tab ini, sebab point di bawah hanya sesuai untuk mereka yang MINAT. Tapi macam aku cakap, kalau sekadar nak suka-suka pun nak beli DSLR juga, go on, aku tak ada hak nak larang.

2. Bajet
 - Kalau bajet banyak, biasanya RM1.6k ke atas, go for DSLR atau HYBRID, kalau tak cukup bajet, ambil yang secondhand, sekitar RM1.3k dah dapat yang elok dah. Kalau betul minat tapi bajet sangat tight, beli jer kamera kompak, belajar basic seperti komposisi, editing dan sebagainya.

3. Rakan-rakan sekeliling
- Yup, kalau ramai pakai Nikom, beli Nikom, kalau ramai Canom, beli Canom. Sebab apa? Sebab bila pakai jenama sama, jadi senang nak rujuk, nak bertanya, nak cuba lens, speedlight dan sebagainya. Tapi kalau tak sama pun boleh juga, cuma kena pandai-pandai survive la.

4. Test
- Test yang kawan punya, cuba dia punya button, dial, short cut, grip, ergonomik ke tak, etc. Tak ada kawan, pergi test kat kedai. Tanya puas-puas, buat research juga supaya boleh verify jawapan yang diterima.

5. Beli.

But wait, kenapa Nikom dengan Canom? Olympus, Pentax? Tak ok?

Ni sebab dia:

1. Susah cari barang, eg lens etc
2. Susah cari sifu, tak ramai pakai
3. Barang mahal

Tapi, Canom ke, Nikom ke, Olympus, Pentax ape jadah lagi, sama saja, snap keluar gambar juga, takde nya pakai Leica, Hasselblad ke, snap keluar rimau, takde.

Ok bai. ( gile penutup tak best langsung)

Ya, aku paling anti kalau ade mamat atau minah dekat FB dengan tak ada motif tukar nama. Kalau nama tu dari azali, sejak aku add memang guna nama tu takpe lah jugak. Ni tetiba je keluar nama pelik-pelik dekat wall. Tukar nama tu tak kisah, ni sampai jadi ultraman biru, pendrive merah, pajero putih, strawberi hitam apadehal. Okay, kalau tinggal nama betul kat belakang xpe lagi, macam Azman D. Luffi ke, ade juga nama sebenar Azman tu. Pastu kalau nama pelik tapi still nampak muka sebenar pun, kire okie lagi. Tapi ni dah sampai nama 'pendrive biru', profile picture pulak pokok, memang satu je aku buat, UNFRIEND.

Yup, dulu tak pe lagi, aku boleh bersabar, bukak profile dia balik, cek info, cek gambar, sebab nak tahu sapa. Tapi sekarang, no,no and no. Aku sudah penat. Last thing aku buat pun, aku bukak balik profile kamu tu, tengok kalau ada nama sebenar (in case just guna nama alternate)

Yelah, tahu lah FB tu kamu yang punya, anda ada hak nak tukar nama ke, profile picture ke, apa ke, tapi ingat, aku juga ada hak untuk, unfriend.

Bai.

Peh, gile dramatik game Man City lawan QPR semalam. Mana tak dramatiknya, setelah ketinggalan 2-1 kepada QPR, ramai orang sangka M.U muncul juara EPL tahun ini, malah fan M.U mungkin telah bersorak selama 2 minit, ingatkan sudah menang, namun dikecewakan oleh gol Edin Dzeko dan Sergio Aguero pada minit 90' dan 92', memang epik wa cakap lu.U mad, Man United fans?




USM Bloggerz