Archive for September 2011

Hai sumer, Duk watper, duk stalk owang kew.. Ye lah, sekarang musim stalk2 nih sejak FB bertukar wajah. Orang lain sibuk duk stalk status orang, err maksud aku stalk secara tak sengaja, ye la dah kuar benda-benda update kat tepi tu kan. Tapi aku tidak. Dah seminggu orang lain dapat layout baru, aku still sama gak.  Maybe aku dilindungi daripada stalk-setalk orang ni. Keh3
Frankly speking, aku sampai phobia atau trauma untuk komen atau post dekat group ka hapa, sebab risau orang baca post atau komen yang tak penting daripada aku. Huh?!

Salam guys, buat pe teww, tak study keww. Eh, macam mesej awek plop. Errr... Nebermind, ekceli aku nak introduce sekuel blog forever alone selepas dokter chenta iaitu gua punya photoblog. Sesuai dengan nama photoblog, so ia akan mempunyai edisi gambar yang mungkin tak lawa, namun mungkin mempunyai maksud kepada gua.

Ok, kenapa tiba-tiba photoblog? Ok, sebabnya mudah, kerana aku suka menghayati keindahan alam semulajadi sebagaimana aku suka menghayati keindahan wanita, oppsss tu gurau je, aku bukan pervert ok.

Ok lagi, jadi gear ape aku guna? Ekceli. For surelah digital kamera. Mungkin kamera henpon, mungkin kamera kompak, err webcam pon bole. Ekceli lagi, gear tu tak penting, yang penting tahu guna, tahu keupayaan, dan tahu memaksimakannya. Kalau beli Leica atau Hasselblad pon pastu wat gantung kat leher je tak guna kan, tapi kalau guna kamera kompak pun tapi tahu eksploit fungsi dia, haa kamera fullframe pon kalah, ceewah.

Jadi sesiapa yang kelapangan tu,  boleh la berguling-guling di photoblog aku (click HERE) atau kat sidebar kat tepi sebelah kanan tu pon ade linknya. So that all lah. Babai.

Amateurs worry about the equipments, semi-professionals worry about money, professionals worry about lighting, but i just shoot 

Sebenarnya, ia merupakan kepada Cabang-cabang Rahsia #1, dan ini merupakan realitinya, ehehehehek

Malang tidak berbau...
Lokasi: di traffic light berdekatan dengan Desasiswa RST
Sebab gambar diambil: Sedang menunggu giliran lampu isyarat, masa tu tengah red light, so snap je la.
Moral: Berhati-hati di jalan raya, dan jangan ingat orang tersayang ketika memandu kerana ia akan menyebabkan fikiran anda terawang-awang dok teringatkan orang tersayang a.k.a pakwe atau makwe ketika sedang memandu.Bahaya.

Ktqbai.


Kadang-kadang aku terpikir camni jugak, KAH KAH KAH
Kredit; 9GAG.com

Irony, kadang-kadang ia ada dalam kehidupan kita.


Sumber: 9gag.com

Salam you ols, buat apew jew teww, haaa mesti tengah stalk owang dekat fesbuk lettew, haaa!
Alah biasa lah tu stalk stalk ni kan, lagi-lagi lelaki, kire cuci mata versi online orang panggil. Ape? Gatal? Pervert? Miang? Ngengada? Huuuu, dah yang you ols letak gambar comel comel sape suruh, kan untuk dibanggakan kan, untuk tatapan semua orang kan,  baru semua orang tahu, you lah orang paling comel dekat seantero fesbuk niew, kan kan kan? Mata luas, mulut muncung, pipi kembung, suma ade, hehe guraw jangan marah you.

Kadang kadang aku tergelak juga, macam macam ada dekat fesbuk ni. Macam-macam jenis oranglah senang cerita. Ada yang sembang lebat, ada yang nak perhatian kaw kaw, ada yang suka feeling feeling syahdu mahdu, errr tu bukan orang lain pun, aku jugak sebenarnya.

Tapi yang paling menarik perhatian ialah orang pepuan. Wai? Kerana mereka merupakan pemain utama atau watak utama lah dalam fesbuk ni. Sebab apa? Sebab mereka mempunyai power of attraction. Ceh, omputih plops. Yes, mereka mampu menarik perhatian orang, terutamanya si kumbang teruna yang gatal nak kawin. Pantang tengok profile picture comel comel sikit, terus add. Tip tup tip tup beribu fren. Aku bukan jeles, tapi nak juga merasa popuan beribu add aku, heh ::lol::.....Namun gejala ini dengan mudah dimanipulasi oleh pepuan terbabit, lantas menjadi femes bak artis AF yang baru 2 3 bulan naik.

Kita tahu limit fren dekat fesbuk 5 ribu, sebab zukerbek ni pandai, dia tahu seseorang itu tak mempunyai kawan lebih dari 5 ribu. Kalau lebih jugak tu bukan kawan, tu fans, jadi sila buat fan page wahai artis wannabe. Jadi apa kaitan nya? Ok, jika anda lihat profile popuan ni tertulis 'FULL', maksudnya dia telah melebihi limit fren yang menge'add'nya. Contoh, Syasya Isabella FULL. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja. Yelah, 'artis' kan, mestilah laki-laki pervert sentiasa dok add kan, jadi terpaksa buat akaun baru, iaitu Syasya Isabella II, jika full juga akan ditambah full dekat belakang dia, dan buka akaun ketiga, dan begitulah seterusnya kitar hidup si artis fesbuk ni.
Contoh 'artis' fesbuk

'artis' ni siap ada 2 akaun full dan satu lagi akaun ketiga
Haa, tu dia contoh aku bagi menunjukkan wujudnya artis fesbuk ini. Aku bukan apa, saja nak bagitahu kat laki, jangan nak pervert sangat la add popuan cun sana sini, gatal nak kawin tapi takda orang nak takpa, suh mak bapak cari. Popuan pun satu, tak payah nak ber'artis artis' sangat la, awak femes dekat fesbuk bukan ada orang jemput pergi show pon, thehehehehe.....

In the tempurung kelapa, aku bukan nak 'bang' sesapa dengan entri ni, malah tiada identiti didedahkan pun, cuma nak cakap berpada-pada lah dengan fesbuknye, jangan sampai memakan diri, HA HA. So kalau ada yang baca dan butthurted terasa, sowie ok, saya tahu awok comel, tapi tunjukkan kecomelan itu kepada mereka yang berhak saja, iaitu suami awok, ngehehehe ok babai :/

Salam guys, hari ini, saat ini, tepat pukul 12 malam pada hari isnin, bermakna aku telah menjadi third year student secara official. Emm aku rasa, kebanyakan kawan sebaya dengan aku juga sama, mungkin yang ambil program ijazah tiga tahun, kini sudah bergelar final year student dah, peh nanti abis degree boleh kawin, best laaa, untung laaa....

Sedar tak sedar, dah dua tahun aku menghabiskan masa di USM, well, bunyi je dua tahun, tapi aku rasa macam ilmu yang aku ada terlampau sedikit, jadi next two years will be crucial la kan orang panggil. Kena lah setadi betul betul, paham aplikasi dia, walaupun untuk dapat dekan itu jauh sekali, namun tak mustahil dengan kuasa tuhan, ngehehe. Ye lah, tak nak lah nanti grad, pastu kerja tapi nak buat tu tak tahu, buat ni tak tahu. Well, tak tahu dengan tak pandai 2 benda yang berbeza. Pandai mungkin perlukan teori, iaitu ilmu dan juga praktikal. Kalu belajar saja tapi praktikal tak ada, still tak pandai. Tapi tak tahu merupakan sesuatu yang absolutely zero, dan kena start belajar both, teori dan praktikal, err apa aku membebel nih, benda simple logik gitu pon nak cakap kan, well sukati aku lah blog aku, bbueek!

Tapi so far, aku bersyukur aku masih lagi mampu melangkah, walaupun aku tahu belajar bukan satu benda yang senang walaupun banyak benda menanti masa tahun 3, tahun 4 dan juga kerja.

Hidup semakin sukar, bertambah bebanan tapi tu lah yang menjadi pelangi hidup kita. Kalau aku imbas la, masa sekolah rendah dulu, bukan best sangat pun. Paling gila, aku hampir dicampak cikgu aku, dari tingkat tiga, darjah tiga. Masa tu, cikgu aku, Sir Jamalus tak silap aku, pegang kolar baju aku, dan acah aku macam nak baling kat bawah, sebab? Sebabnya masa dia mengajar aku tengok kat luar.

Zaman sekolah menengah pun, bukan best sangat, takda benda yang menarik pun, kecuali dapat awek je *ehem dapat awek je la yang best pon*. Tapi bila kita pikir balik, kenang balik, all those memories will become the sweet memories to remember, dan aku percaya, kesusahan di kala pengajian 3 4 tahun di universiti pun, akan menjadi kenangan, ya, walau sepahit mana pun benda yang kita lalui, cewah dah macam karangan sastera pulop.



Jadi, apa yang aku nak stresskan kat sini, dua tahun merupakan tempoh yang singkat. Andai bisa, rakamlah setiap moment *beli lah dslr sapa yang mampu, aku tak mampu TT.TT* dan aku percaya, nanti kerja dan dicampak jauh jauh, kita akan tercari-cari gambar kenangan semasa di uni *ini bukan iklan kamera ya*

Peh panjang juga kali ini, by the way, entri ni aku tulis hari jumaat 9/9/2011 lagi, tapi aku skedul supaya ia dipublish pada hari senin, hahaha stailo jugak dashboard blogger yang baru ni. Ok adios y'olls.. xoxo lol!

USM Bloggerz