Sunting itu Nikmat.

Posted by Azman - -

Ceh, tajuk tak boleh blah. Jangan fikir bukan-bukan sudah.

Bukan apa, ini pasal sunting atau edit gambar. Memang sunting gambar itu adalah hobi aku. Dan itulah juga antara sebab aku beli kamera.

Disebabkan aku suka edit gambar, maka aku perlu keluar ambil gambar. Itu tujuan aku ambil gambar. Bukan saja-saja nak show-off kamera, atau usha awek. Bukan. Kalau nak kira, tarik selimut pastu tidur pukul 6.30 pagi lagi best daripada keluar mencari cahaya sang mentari pepagi buta. Tak gitu.

Edit ini banyak jenis. Secara umum, ia terbahagi kepada dua. Iaitu untuk menjadikan ia natural-looking, atau menjadikan ia fantasy-looking. Namun kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu bagi menghasilkan gambar yang ada WOW factor, atau sekurang-kurangnya sedap mata memandang.

Namun ada juga orang yang suka gambar SOOC (STRAIGHT OUT OF CAMERA), original tak edit lah kononnya. Konon yang edit ini tak natural la, tak mencabar la. Please, setiap gambar JPEG yang keluar fresh daripada kamera itupun sudah diedit oleh kamera. Kalau nak betul-betul fresh, shoot la dalam format RAW. Sebab RAW ialah file yang belum ditacap oleh kamera, dan mempunyai detail yang tinggi. Oleh itu, sesapa yang suka edit gambar, sila shoot dalam RAW.

Aku pula, edit main sebat, main taram. Kadang-kadang gambar yang dah ok pun, pergi edit lagi. Gila edit punya pasal. Itu yang lagi hancur jadi gambar.

Biasanya proses editing yang aku selalu buat ialah:
  1. Lightroom sahaja
  2. Photoshop sahaja
  3. Lightroom---->photoshop
  4. Photomatix---->photoshop
Bergantung kepada efek yang aku nak.

So ini contoh proses editing yang aku buat. Hasilnya takleh begitu cantik, cuma sedap ditengok di mata aku, mata korang aku tak kisah lol.

#1


#2

#3

#4

#5

#6

#final image
Jelutong B&W
So, stepnya seperti berikut
#1: Import photo dalam lightroom
#2: Enhance gambar, saturation, vibrance, exposure etc
#3: Import dalam photoshop
#4: Buang tiang elektrik (sebab aku rasa mengangu)
#5: Enhance detail, contrast, saturationguna photoshop plug-in (topaz)
#6: Convert black and white.

Dalam editing, orang tak patut pertikai, kenapa tone macam ni, kenapa tak macam itu. Kenapa black and white, kenapa bukan color. Sebab ini terpulang kepada si penyunting untuk menetukan hala gambar dia.

Tapi komen yang positif aku galakkan, seperti komen gambar terlalu saturated ke, gambar over atau under expose, overcook HDR, horizontal line senget, komposisi tak sesuai etc etc.

Okay itu saja, nak study TDM, bai.

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    I have been exploring for a little for any high-quality articles or blog posts
    in this kind of space . Exploring in Yahoo I ultimately stumbled upon this site.
    Studying this information So i am glad to exhibit that
    I've an incredibly excellent uncanny feeling I discovered just what I needed. I most unquestionably will make certain to don?t disregard this site and give it a look on a constant basis.

    Also visit my web blog - Jillian Theiling

USM Bloggerz