Jadi, pilihan apa? Takde, cuma pilihan ketika memilih kamera. Lagi-lagi DSLR, tapi kalau kompak tak tanya pulak.
Jadi, bila ada pilihan, mulalah ada soalan. Kamera jenama Nikom ni bagus tak, ke lagi elok jenama Canom?
Soalan-soalan sebegini kerap ditanya di forum atau di group-group FB. Sikit-sikit tak apa lagi, bila dah banyak, orang pun naik meluat. Jenuh nak menjawab. Jadi jawapan yang lebih kerap diterima ialah dengan nada memerli.
Kepada si penanya, rasanya tak perlu bertanya, google sudah, banyak jawapan, review yang keluar pasal brand yang kita mahu. Tak perlulah tunggu untuk disuap, buat research, research and reseach.
Kepada si penjawab pula, tak perlulah menjawab dengan kasar sehingga menyinggung si penanya, cukup sekadar memberitahu pendapat, jika jemu dengan soalan, tak payah jawab. Ini tidak, sudah tahu jemu, jawab jugak, itu yang keluar segala mak nenek.
Ada siap bagitahu suruh beli kamera kompak je walaupun terang-terang nak beli DSLR. Bagi aku, kita tak ada hak nak suruh orang beli selain yang ditanya. Kalau alasan, DSLR susah nak belajar, nanti pakai AUTO je. So what, salah ke pakai auto? Lawa je gambar pakai auto pun. Ala, kalau pakai auto baik pakai kamera kompak je. So what, pakai auto pun duit dia, suka hati dia lah. Ala, kalau pakai pun buat pergi PAVI je buat apa. So what, kita ada hak ke nak halang orang gantung DSLR pergi pavi?
Mentaliti seperti DSLR hanya untuk PRO, DSLR hanya guna mode MANUAL, inilah yang membuatkan jawapan kepada soalan yang ditanya tadi, lebih kepada sarkastik. Seolah-olah kita merasakan, alah kau tak payah pakai DSLR, kompak saja, lawa je gambar. Memang, memang kompak pun cantik gambar, tapi jika dia mahukan DSLR, let it be. Jika niat dia untuk show off, itu dia punya pasal. Kan?
Aku sendiri pernah berada dalam persimpangan, cewah, namun aku buat research, research dan research.
So, aku cadangkan jika ada yang mahu beli kamera, sama ada DSLR, hybrid atau kompak, maka boleh ikut panduan am yang dapat aku simpulkan seperti di bawah:
1. Tujuan
- Ya, sebab minat atau suka. Kalau minat, go for DSLR atau HYBRID. Kalau suka-suka, kamera kompak coolpix sudah memadai. Dan kalau sebab suka-suka, boleh close tab ini, sebab point di bawah hanya sesuai untuk mereka yang MINAT. Tapi macam aku cakap, kalau sekadar nak suka-suka pun nak beli DSLR juga, go on, aku tak ada hak nak larang.
2. Bajet
- Kalau bajet banyak, biasanya RM1.6k ke atas, go for DSLR atau HYBRID, kalau tak cukup bajet, ambil yang secondhand, sekitar RM1.3k dah dapat yang elok dah. Kalau betul minat tapi bajet sangat tight, beli jer kamera kompak, belajar basic seperti komposisi, editing dan sebagainya.
3. Rakan-rakan sekeliling
- Yup, kalau ramai pakai Nikom, beli Nikom, kalau ramai Canom, beli Canom. Sebab apa? Sebab bila pakai jenama sama, jadi senang nak rujuk, nak bertanya, nak cuba lens, speedlight dan sebagainya. Tapi kalau tak sama pun boleh juga, cuma kena pandai-pandai survive la.
4. Test
- Test yang kawan punya, cuba dia punya button, dial, short cut, grip, ergonomik ke tak, etc. Tak ada kawan, pergi test kat kedai. Tanya puas-puas, buat research juga supaya boleh verify jawapan yang diterima.
5. Beli.
But wait, kenapa Nikom dengan Canom? Olympus, Pentax? Tak ok?
Ni sebab dia:
1. Susah cari barang, eg lens etc
2. Susah cari sifu, tak ramai pakai
3. Barang mahal
Tapi, Canom ke, Nikom ke, Olympus, Pentax ape jadah lagi, sama saja, snap keluar gambar juga, takde nya pakai Leica, Hasselblad ke, snap keluar rimau, takde.
Ok bai. ( gile penutup tak best langsung)
ak pkai kamera kompak coolpix je tp x reti gk nk gna.. hmm kna tnya la coz klo research je x puaih, byknya kt tenet tu dowg kta yg elok ja, kna tnya yg dh berpengalaman yg ad dslr tu sndri.. :)