Sekarang, semua orang mampu memiliki kamera canggih. Iyalah, dulu kamera mahal. Tak silap aku, tahun 2010 Nikon D90 RM4000, sekarang dah turun sampai RM2500. Tapi, kamera mahal boleh beli, passion tu yang tak boleh beli. Serius cakap, kalau tak ada passion, memang tak ke mana. Passion tu juga la sebabkan kita cari ilmu, improve teknik, selongkar semua thread dalam forum, dan yang penting, keluar shoot. Aku dulu pun sebelum beli kamera, aku baca forum fotomedia sikit sebanyak, dan lepas sebulan beli kamera, aku khatam thread forum tu, tinggal nak praktikkan saja.
Point aku kat sini ialah, sekarang semua orang sudah mampu beli kamera mahal, cakap je, Leica, Hassalblad, Mamiya, semua boleh beli, tapi kalau tiada passion, sayang la kepada potensi kamera tu. Analogi mudah ialah pakai Z1000 tapi bawak 40km/h saja, baik beli honda C70 je kan?
Jadi, ini ialah 12 koleksi yang tak seberapa bagi tahun 2012. Tapi walaupun tak seberapa, aku bangga, at least aku hasilkan dengan usaha aku sendiri. Hmmm moga tahun 2013 akan bertambah baik lagi, hmmm....
7
1
analogi yg cukup baik.. hahaha
kah3,betui la tu bro
terbaik..:-)nampak smooth je gambar2 nie
terima kasih seribu pilihan :)
masyaAllah...cantiknya KY paling suka y pertama dan terakhir tu
tq KY :)