Archive for April 2012



100 Tips from a Professional Photographer

*of course i've edited some of it :)





1. Just because someone has an expensive camera doesn't mean that they're a good photographer.


2. Always shoot in RAW. Always. *JPEG also works great.


3. Prime lenses help you learn to be a better photographer. *not true at all


4. Photo editing is an art in itself


5. The rule of thirds works 99% of the time.


6. Macro photography isn't for everybody.


7. UV filters work just as well as lens caps.


8. Go outside & shoot photos rather than spending hours a day on photography forums.


9. Capture the beauty in the mundane and you have a winning photograph.


10. Film isn't better than digital.


11. Digital isn't better than film.


12. There is no "magic" camera or lens.


13. Better lenses don't give you better photos.


14. Spend less time looking at other people's work and more time shooting your own.


15. Don't take your DSLR to parties.


16. Girls dig photographers.


17. Making your photos b/w doesn't automatically make them "artsy"


18. People will always discredit your work if you tell them you "photoshop" your images. Rather, tell them that you process them in the "digital darkroom".


19. You don't need to take a photo of everything.


20. Have at least 2 backups of all your images. Like they say in war, two is one, one is none.


21. Ditch the neck strap and get a handstrap.


22. Get closer when taking your photos, they often turn out better.


23. Be a part of a scene while taking a photo; not a voyeur.


24. Taking a photo crouched often make your photos look more interesting.


25. Worry less about technical aspects and focus more on compositional aspects of photography.


26. Tape up any logos on your camera with black gaffers tape- it brings a lot less attention to you.


27. Always underexpose by 2/3rds of a stop when shooting in broad daylight.


28. The more photos you take, the better you get.


29. Don't be afraid to take several photos of the same scene at different exposures, angles, or apertures.


30. Only show your best photos.


31. A point-and-shoot is still a camera.


32. Join an online photography forum.


33. Critique the works of others.


34. Think before you shoot.


35. A good photo shouldn't require explanation (although background information often adds to an image).


36. Alcohol and photography do not mix well.


37. Draw inspiration from other photographers but never worship them.


38. Grain is beautiful.


39. Ditch the photo backpack and get a messenger bag. It makes getting your lenses and camera a whole lot easier.


40. Simplicity is key.


41. The definition of photography is: "painting with light." Use light in your favor.


42. Find your style of photography and stick with it.


43. Having a second monitor is the best thing ever for photo processing.


44. Silver EFEX pro is the best b/w converter.


45. Carry your camera with you everywhere. Everywhere.


46. Never let photography get in the way of enjoying life.


47. Don't pamper your camera. Use and abuse it. *unless you are a rich boy, then it is okay


48. Take straight photos.


49. Shoot with confidence.


50. Photography and juxtaposition are best friends.


51. Print out your photos big. They will make you happy.


52. Give your photos to friends.


53. Give them to strangers.


54. Don't forget to frame them.


55. Costco prints are cheap and look great.


56. Go out and take photos with (a) friend(s).


57. Join a photo club or start one for yourself.


58. Photos make great presents.


59. Taking photos of strangers is thrilling.


60. Candid>Posed.


61. Natural light is the best light.


62. 35mm (on full frame) is the best "walk-around" focal length.


63. Don't be afraid to bump up your ISO when necessary.


64. You don't need to always bring a tripod with you everywhere you go (hell, I don't even own one). *hell yeah, how do you hold your gear for 30 second exposure?


65. It is always better to underexpose than overexpose.


66. Shooting photos of homeless people in an attempt to be "artsy" is exploitation.


67. You will find the best photo opportunities in the least likely situations.


68. Photos are always more interesting with the human element included.


69. You can't "photoshop" bad images into good ones.


70. Nowadays everybody is a photographer.


71. You don't need to fly to Paris to get good photos; the best photo opportunities are in your backyard.


72. People with DSLRS who shoot portraits with their grip pointed downwards look like morons.


73. Cameras as tools, not toys.


74. In terms of composition, photography and painting aren't much different.


75. Photography isn't a hobby- it's a lifestyle.


76. Make photos, not excuses.


77. Be original in your photography. Don't try to copy the style of others.


78. The best photographs tell stories that begs the viewer for more.


79. Any cameras but black ones draw too much attention.


80. The more gear you carry around with you the less you will enjoy photography.


81. Good self-portraits are harder to take than they seem.


82. Laughter always draws out peoples' true character in a photograph.


83. Don't look suspicious when taking photos- blend in with the environment.


84. Landscape photography can become dull after a while.


85. Have fun while taking photos.


86. Never delete any of your photos.


87. Be respectful when taking photos of people or places.


88. When taking candid photos of people in the street, it is easier to use a wide-angle than a telephoto lens.


89. Travel and photography are the perfect pair.


90. Learn how to read a histogram.


91. A noisy photo is better than a blurry one.


92. Don't be afraid to take photos in the rain.


93. Learn how to enjoy the moment, rather than relentlessly trying to capture the perfect picture of it.


94. Never take photos on an empty stomach.


95. You will discover a lot about yourself through your photography.


96. Never hoard your photographic insight- share it with the world.


97. Never stop taking photos


98. Photography is more than simply taking photos, it is a philosophy of life


99. Capture the decisive moment


100. Write your own list. *too lazy to write it down

Ya, semalam, aku lihat, banyak gambar yang telah dicemarkan.
Yes. Picture speaks thousand words. Tetapi gambar telah dieksploitasikan.  Menjadi semakin teruk apabila gambar yang mempunyai jalan cerita yang tergantung. Hanya memaparkan apa yang tengah terjadi, bukan sebelum, dan bukan selepas. Ya, tiada kronologi. Maka muncullah si polan dan si polan menyebarkan cerita tergantung tersebut. Ada yang membuat andaian sendiri berdasarkan gambar. Mereka bercerita seolah-olah mereka mengetahui kesemua cerita-cerita yang berlaku.

Di sinilah Photojournalism tidak dipraktikkan dengan betul. Tiada code of conduct, tiada standard operating procedure (SOP).

Apa itu Photojournalism?

"Photojournalism is a particular form of journalism (the collecting, editing, and presenting of news material for publication or broadcast) that creates images in order to tell a news story. It is now usually understood to refer only to still images, but in some cases the term also refers to video used in broadcast journalism. Photojournalism is distinguished from other close branches of photography (i.e., documentary photography, social documentary photography, street photography or celebrity photography) by complying with a rigid ethical framework which demands that the work is both honest and impartial whilst telling the story in strictly journalistic terms. Photojournalists create pictures that contribute to the news media."

Ya, photojournalism ialah satu set kompilasi gambar, yang menurut kronologi masa, dan juga jujur tanpa cenderung kepada mana-mana pihak.

Ini tidak, dapat satu gambar, habis dijaja satu dunia, terus menghukum tanpa menyiasat terlebih dahulu. Terus anjing sana pencacai sini. Di sini, fotografi telah menjadi satu medium untuk memecahbelahkan bangsa agama. Shame on you.

In the nut shell, picture speaks a thousand words and also tonnes of lies. Jadi, jangan mudah menghukum berdasarkan satu gambar. Selidik dahulu apa yang berlaku sebelum melompat ke dalam keputusan (jump into conclusion).

Jika tidak, ini yang akan berlaku.



Nikkor 24-70mm F/2.8 ED... Akan tetapi.... Jeng jeng jeng...


Coffee mug, tadaaa :)

AMARAN KERAS: ENTRI INI DITULIS KETIKA AKU SEDANG LAPAR!!!

Fotografi, boleh menjadi satu bidang yang agak lumayan, dan mampu menjadi sumber pendapatan jika kena caranya. Aku ada seorang kenalan, yang cari makan dengan fotografi, mempunyai peralatan kamera bernilai RM 20,000 untuk mengambil gambar perkahwinan, dan juga seorang jurugambar yang mengenakan cas RM6000 untuk satu pakej fotografi untuk perkahwinan.

Namun, yang aku kesalkan ialah, etika ketika berfotografi. Yelah, kalau ambil gambar pengantin ni, macam macam jenis ada, ada yang baju ketat, free hair, baju nipis, macam-macam pesen. Posing pulak tak nak biasa-biasa, ada terguling-guling, ada panjat pokok, ada yang psomg dalam air la, pastu share photo dalam facebook, terbaik, orang ramai pun tengok dengan suka hatinya.  Dan yang duduk tertunggeng-tunggeng mengambil gambar nikah ni pun, turut ada saham juga, saham dosa. Rasanya berlambak ustaz-ustaz di dalam internet mahupun di luar sana, menyatakan hukum mengambil gambar sedemikian. Nak cakap tak tahu, salah sendiri la kan, sibuk sangat kejar duniawi, ekekekeke.

Nak bergambar untuk kahwin tak salah, asalkan pakaian okay, posing pulak tak melampau sangat. Nak tergolek-golek sangat, boleh, tapi pastikan jurugambar itu daripada mahram kita, contohnya.

Aku bukan apa, cuma sedikit ralat. Ralat dengan bakat dan juga skill yang ada, digunakan untuk mengambil gambar-gambar sedemikian. Apa salahnya kita buat syarat kepada pelanggan, jika mahukan khidmat kita, wajib berpakaian tutup aurat dan tidak berposing berlebih-lebihan. Mungkin rugi la sedikit sebab pelanggan tak suka, tapi apa salahnya rugi sedikit asalkan rezeki itu halal, ye dop?

Lagi satu, kemunculan trend baru, trend semua mahu jadi model, model wannabe atau model fesbuk. Model ini biasanya dirujuk sebagai talent, atau bakat dalam bahasa melayunya, bakat celah mana aku pun tak tahu, tayang muka dan bodi je lebih. Macam-macam pesen, ada yang rasa muka photogenic, free hair terus, ada yang konon-konon stail muslimah, dengan shawl-shawl pe kejadah semua. Yang bajet model pro tu tok sah cakap la, pakaian main orang bagi je, ketat sana sini, pastu buat muka kelat, bajet photogenic habis. Yang bajet muslimah pulak, dengan bajunya terang benderang, bibir merah menyala, mekap 1 inci, xde hal, muslimah punya pasal, padahal tabarruj. Pastu buat fan page buat blog, lepas femes tayang muka ni, berduyun-duyun orang like gambar, lawat blog, secara automatik dapat buat duit juga, femes lagi, silap-silap haribulan, keluar surat kabar, femes you.

Trend macam ini yang aku ralat sebenarnya, semacam ia adalah perangkap samar dalam fotografi. Yang terperangkap, orang islam juga. Berfotografi itu baik, asalkan tidak tersasar dari landasan yang betul. Suka aku melihat prinsip Ustaz Azhar Idrus dalam berfotografi, apabila ada orang bertanya, kenapa selalu upload gambar-gambar pokok, bangunan, dia menjawab'' dah daripada tengok gambar-gambar perempuan, baik kita tengok keindahan alam, dapat juga mentauhidkan diri kepada Allah''.

Namun, aku yakin, kesedaran itu kian tersebar. Baru-baru ini aku berkunjung ke satu forum fotografi, dan salah satu threadnya ialah mengenai outing sambil berbincang mengenai batas-batas berfotografi dalam Islam, yang aku rasa sangat baik, dan wajar diteruskan.



Aku cuma insan yang kerdil dalam fotografi, cuma aku terasa ralat apabila fotografi itu seakan disalah gunakan, dengan mengikut hawa nafsu yang tidak ada kesudahan. Apa yang kita dapat dengan gambar-gambar sedemikian, kepuasan orang puji gambar awek duduk libas rambut di pantai itu cantik? femes bila dapat jadi model fesbuk dan blog?

Apa yang pasti, banyak lagi keindahan yang tuhan ciptakan di alam ini, selain dari kecantikan lenggok  badan seorang yang bergelar wanita.

Ok bai, aku nak makan.

Lepas isu AUKU, sekarang isu PTPTN pulak. Nak mansuh PTPTN katanya. Aduiii... Ni bebudak U baru siap berdemo pasal nak mansuh PTPTN  pulak.

Tang mansuh aku tak setuju sangat, tapi kalau berdemo untuk tambah allowance aku setuju. Macam RM2800 budak pt dapat setiap sem, kerajaan top up la rm 1000 ke, rm 500 ke duit poket, seiring dengan kenaikan kos sara hidup di bandar atau luar bandar. Ni yang dapat JPA pun selalu pokai masa awal sem, budak ptptn lagilah pokai, mak bapak kena top up setiap bulan lagi. Yang kaya tak pe, yang miskin, lagilah kesian.

Tapi, tapi dan tapi, jika ptptn dimansuhkan, kiranya bunyi macam sedap la kan, pendidikan percuma, yuran kerajaan cover. Ok, yuran kerajaan cover, habis duit poket, duit buku sapa nak cover? Lagi, yang kaya tak apa, yang miskin tapi anak 3 orang dekat universiti, tak tambah dekat sekolah lagi,macam mana? 

Dermasiswa, zakat, biasiswa? Boleh ke dorang cover untuk semua pelajar? Kaya sangat bunyinya. Even sekarang pun nak dapatkan bantuan pun sudah susah, masing-masing mula kedekut disebabkan ekonomi kurang stabil.

Lagipun, kalau bagi pendidikan free sekalipun, aku rasa bebudak kita lagilah naik lemak. Ye lah, benda free, apedehal. Yang kena bayar sekarang ni pun ramai bebudak uni yang take for granted. Main motor, main awek, main pe kejadah lagi sampai kena tendang, pastu mak bapak yang kena bayar balik ptptn, pun depa tak heran, inikan pula free, homaigod.

Lagipun kenapa perlu percuma sangat, padahal kita guna untuk masa depan kita jugak, bukan untuk orang lain. Kereta, rumah, henpon, kamera, semuanya mahal-mahal, boleh beli, tak merungut, tapi untuk pendidikan, aih, nak free? Tak terfikir ke yang rumah kereta ape semua tu datangnya daripada pendidikan, dan apa salahnya kita labur sedikit untuk pendidikan, untuk masa depan kita juga.

Lagipun, ptptn sekarang ada buat skim pinjaman-biasiswa. So that, jika sesiapa yang dapat upper class degree, tak perlu bayar ptptn. Tak ke pendidikan percuma tu namanya, cuma ye lah, kita kena work on it, atleast boleh juga jadi sumber motivasi untuk tingkatkan pointer, dan juga secara automatik, bila pointer tinggi, senang la sikit dapat kerja tu, paling kurang.

Jadi, aku tak nampak kenapa perlu mansuhkan PTPTN? Perbaiki mungkin boleh, tapi mansuh? Aku rasa, no, no and no. Ini hanya retorik politik sahaja yang bagi aku bullshit, seterusnya menggadaikan masa depan mereka yang kurang berkemampuan.

Banyak lagi benda yang boleh dijadikan isu untuk diperjuangkan dan dimasukkan ke dalam manifesto mereka, seperti masalah perundangan, masalah moral remaja, masalah penagih dadah, masalah tax import kereta terlalu mahal, tol, masalah lens terlalu mahal tapi kenapa politician gemar menyasarkan kepada isu pelajar sebagai modal pilihan raya? Kerana mereka sedar, kuasa yang ada kepada mereka yang bergelar pelajar, iaitu STUDENT POWER. Heh! 

Hari itu, rabu, 11 April 2012, sekembalinya aku di kampung halaman, namun tanpa sempat aku merehatkan badan, aku diajak oleh emak, untuk ke kebun getah nun terbiar di Pasir Puteh, untuk mengukur tanah katanya.

Walaupun sedikit kepenatan kerana tidak mempunyai tidur yang cukup, namun aku gagahi jua. Lantas aku menyambar beg kameraku, manalah tahu, kalau-kalau terjumpa ray of light dalam kebun, cantik juga.

Dalam lingkungan pukul 10 pagi, kami sampai bersama dua orang juruukur dengan dua Pajero, satu abang aku punya, dan lagi satu, juruukur punya.

Tanpa membuang mangsa, aku terus buka beg kamera dan terus, SNAP SNAP dan SNAP. Tapi, dia punya binatang parasit, iaitu pacat, jangan ceritala beb. Macam gampang. Sampai sekarang pun dia punya kesan gigitan tak hilang lagi, dah lah gatal. Aku fikir, daripada derma darah dekat pacat, baik derma darah dekat b.e, dapat juga duit, wakakakka.

Lama selepas itu, kami keluar dari kebun getah itu disebabkan beberapa hal, meninggalkan juruukur melakukan tugasnya.

Sekembalinya kami ke tempat tersebut, kami mendapati Pajero milik juruukur tersebut sudah tiada. Agak menghairankan kerana tugas mengukur masih belum siap.

''Takkan sudah balik'', getus abang aku.

Rasa bersalah mula bertapa di hati, kerana meninggalkan juruukur tersebut tanpa memberitahu terlebih dahulu, mungkin mereka fikir kami sudah balik.

''MATI!!'' Jerit seorang pakcik berhampiran di situ.

Kami hairan, kejadah pakcik ni, tiba-tiba jerit mati, buat lawak apa.

''ADA ORANG MATI!'' Sambung pakcik tersebut.

''TU,  kawan yang bawak Pajero tu mati, ada kat bawah sana!'' Sambungnya lagi.

Sah, juruukur itulah yang dimaksudkannya. Tanpa membuang masa, kami bergegas ke tempat kejadian, dan melihat mayat terbujur kaku, biru pucat mukanya. Innalillah, sebak terasa di dada, baru sebentar tadi kami bersalaman, mendengar dia berbual dengan emak dan abang, kini dia sudah tiada. Allahuakbar, begitu cepat nyawanya diambil.

Tak lama selepas itu, anaknya datang selepas dihubungi, menangis ditempat kejadian sebelum ditenangkan oleh orang ramai, dan sejurus selepas itu, polis datang mengambil butiran peribadi arwah.

Disebabkan keadaan berbukit, aku dan seorang pakcik terpaksa naik ke atas van polis, untuk memegang stretcher mayat ketika mayat dihantar ke hospital, takut menggelungsor kata polis. Bermacam perasaan bermain di hati, terpaksa ditelan. Nasib menyebelahi aku ketika di pertengahan jalan, kami berselisih dengan kereta sanak saudara mangsa, dan mereka menawarkan diri untuk menggantikan aku memegang stretcher tersebut.

Di bawah merupakan gambar-gambar yang mempunyai cerita, cerita yang akan terus segar di mindaku...




Kembara 4x4

Ray of Light

Getah Origin


Tree

Tong

Bagi mereka yang biasa dengan kamera dan lensa, kamera dan lensa yang besar bukan satu kemestian untuk mendapatkan gambar yang menarik. Namun bagi mereka yang 'noob' terutamanya mereka yang bergelar 'gearhead', peralatan kamera yang besar mampu membuatkan mereka kelihatan hensem dan tampan di kalangan mereka yang noob.

Namun, jika benar peralatan yang besar itu mampu menjamin kehenseman tubuh badan, kenapa tidak menggunakan lensa ini, Nikkor 6mm f2.8 fisheye. Dengan berat sebanyak 5.2 kg, lensa ini ialah lensa paling lebar (wide) di muka bumi ini dengan reka bentuk yang tidak masuk akal. Dah macam reflector dekat simpang jalan pun ada.
Nah!



Gitar, benda yang aku sangat bengang. Susah nak belajar, macam DOTA. Bukan bidang aku mungkin. Tapi ada benda lain yang boleh buat dengan gitar. Gambar gitar.
So i've managed to shoot this guitar with close up filter i.e Raynox with no flash, with aperture wide open f1.8, and post processed with Adobe Photoshop CS5 plus Topaz Lab plug-in.
So, literally, i quite satisfied with the outcome *syok sendiri*

*extra info: low key ialah teknik pencahayaan, yang biasanya menggunakan satu atau lebih sumber cahaya sama ada dari kiri, kanan, atau belakang untuk mewujudkan kesan dramatik dan kontras yang rendah. Gambar dibawah bukannya contoh yang hebat, cuma more or less sahaja. Kredit kepada gitar rumet, wakaka


Low key 
 



Low key
a>


Pick

Daus

USM Bloggerz