Mansuh PTPTN?

Posted by Azman - -

Lepas isu AUKU, sekarang isu PTPTN pulak. Nak mansuh PTPTN katanya. Aduiii... Ni bebudak U baru siap berdemo pasal nak mansuh PTPTN  pulak.

Tang mansuh aku tak setuju sangat, tapi kalau berdemo untuk tambah allowance aku setuju. Macam RM2800 budak pt dapat setiap sem, kerajaan top up la rm 1000 ke, rm 500 ke duit poket, seiring dengan kenaikan kos sara hidup di bandar atau luar bandar. Ni yang dapat JPA pun selalu pokai masa awal sem, budak ptptn lagilah pokai, mak bapak kena top up setiap bulan lagi. Yang kaya tak pe, yang miskin, lagilah kesian.

Tapi, tapi dan tapi, jika ptptn dimansuhkan, kiranya bunyi macam sedap la kan, pendidikan percuma, yuran kerajaan cover. Ok, yuran kerajaan cover, habis duit poket, duit buku sapa nak cover? Lagi, yang kaya tak apa, yang miskin tapi anak 3 orang dekat universiti, tak tambah dekat sekolah lagi,macam mana? 

Dermasiswa, zakat, biasiswa? Boleh ke dorang cover untuk semua pelajar? Kaya sangat bunyinya. Even sekarang pun nak dapatkan bantuan pun sudah susah, masing-masing mula kedekut disebabkan ekonomi kurang stabil.

Lagipun, kalau bagi pendidikan free sekalipun, aku rasa bebudak kita lagilah naik lemak. Ye lah, benda free, apedehal. Yang kena bayar sekarang ni pun ramai bebudak uni yang take for granted. Main motor, main awek, main pe kejadah lagi sampai kena tendang, pastu mak bapak yang kena bayar balik ptptn, pun depa tak heran, inikan pula free, homaigod.

Lagipun kenapa perlu percuma sangat, padahal kita guna untuk masa depan kita jugak, bukan untuk orang lain. Kereta, rumah, henpon, kamera, semuanya mahal-mahal, boleh beli, tak merungut, tapi untuk pendidikan, aih, nak free? Tak terfikir ke yang rumah kereta ape semua tu datangnya daripada pendidikan, dan apa salahnya kita labur sedikit untuk pendidikan, untuk masa depan kita juga.

Lagipun, ptptn sekarang ada buat skim pinjaman-biasiswa. So that, jika sesiapa yang dapat upper class degree, tak perlu bayar ptptn. Tak ke pendidikan percuma tu namanya, cuma ye lah, kita kena work on it, atleast boleh juga jadi sumber motivasi untuk tingkatkan pointer, dan juga secara automatik, bila pointer tinggi, senang la sikit dapat kerja tu, paling kurang.

Jadi, aku tak nampak kenapa perlu mansuhkan PTPTN? Perbaiki mungkin boleh, tapi mansuh? Aku rasa, no, no and no. Ini hanya retorik politik sahaja yang bagi aku bullshit, seterusnya menggadaikan masa depan mereka yang kurang berkemampuan.

Banyak lagi benda yang boleh dijadikan isu untuk diperjuangkan dan dimasukkan ke dalam manifesto mereka, seperti masalah perundangan, masalah moral remaja, masalah penagih dadah, masalah tax import kereta terlalu mahal, tol, masalah lens terlalu mahal tapi kenapa politician gemar menyasarkan kepada isu pelajar sebagai modal pilihan raya? Kerana mereka sedar, kuasa yang ada kepada mereka yang bergelar pelajar, iaitu STUDENT POWER. Heh! 

USM Bloggerz