Archive for October 2011

Hai, buat pew tewww.  Seperti yang kita tahu, kamera gabak sekarang semua orang boleh beli. Sampai anak sedara aku dapat 9A PMR pun nak claim DSLR dengan bapak dia, bapak ahh. Nasib baik bapak dia tak nak belikan. Namun, tak rugi sebenarnya guna DSLR, sini aku catat 10 kelebihan DSLR dan 1 keburukan DSLR.

This is kewl, so kewl




Kelebihan DSLR

  1. Boleh buat profile picture kat fesbuk pegang DSLR.
  2. Kelihatan lebih hensem.
  3. Boleh upload gambar masa outing dengan kamera tergantung di leher kat fesbuk  *tapi tak upload 1 pun gambar yang diambil guna kamera ko*
  4. Boleh ajak awek jadi model.
  5. Boleh sangkut kamera kat leher bawa ke mana sahaja tanpa rasa malu.
  6. Nampak ala-ala photographer pro semasa reunion dengan kawan.
  7. Orang tak berani kutuk walaupun gambar tak cantik.
  8. Boleh kutuk orang, cakap ala kau pakai kamera kompak patut tak lawa, tengok aku ni.
  9. Boleh buat job wedding, pastu cas mahal-mahal walaupun gambar tak lawa.
  10. Lagi sekali, kelihatan lebih hensem.
Keburukan DSLR

  1. Susah lah nak guna. Err ape? Exposure? Shutter speed? ISO? White balance? Kelvin? DOF? Kejadah semua tu? Nak google pun malas, tanya orang jangan sekali.  Ala guna mode auto je lah senang, janji nampak KEWLL.
Haa tengok, banyak kebaikan dan sedikit keburukan. Jadi, tunggu apa lagi, kan kan kan. Har har har.

P/s: Cuma pujian kepada pihak-pihak tertentu sahaja.

Salam, pekabar perempuan yang biasa-biasa dan lelaki yang hensem tahap gaban (ya, memang stail Mr K) Uhh lama benor tak mengupdate blog, biasalah , bizi jual ketupat nasi.

Ok, berbalik kepada tajuk, kenapa ia berbunyi demikian? Kerana ketika detik ini, baru aku perasan, perempuan ibarat Lamborghini... Kenapa? Well, simple, sebab lamborghini cantik, tak cukup dengan tu lagi, ia sedap dipandang. Tak kira la dari bumper depan, bumper belakang, side skirt, spoiler, bumbung, tengok dari atas bangunan, pergggh memang cantik, walau dari sudut mana pun. Yes, that is perempuan, makhluk yang dicipta oleh tuhan dengan ciri-ciri yang cukup sempurna, err untuk dilihat, walau dari sudut mana pun. Dan ia jugalah mampu menggoyahkan iman mana-mana lelaki. Kerna sebab itu jika kita memesan lamborghini, biasanya ia dibungkus sebelum sampai kepada pemilik, sebab ianya begitu berharga, istimewa, dan hanya layak dipandang oleh pemiliknya yang sah sahaja. That's the analogi, simple analogi. That why sesuatu yang begitu sempurna, perlu ditutup, bukan dibuka, ditayang. Jika dibuka, apa akan jadi? Well, mungkin Lamborghini tadi akan dicuri. di hijack, disentuh-sentuh, dicalar-calar oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Well, again, that's also an analogy. So, jika Lamborghini orang protect begitu sekali, mengapa perempuan yang lebih hebat dari Bugati Veyron, Saleen, Koenigsegg, boleh didedahkan sewenang-wenangnya?



Ok, jika perempuan Lamborghini, lelaki apa? Well, lelaki ni lori. Orang takde mengerumuni lori model terbaru, dan orang pun tak mau tengok pon, apatah lagi nak curi, nak calarkan ia. Tiada yang spesel pasal lori, kecuali lori jenis Justin beber (aku pun tak tahu kenapa lori ni femes sangat) Analogi lagi. Err aku pun lori gak, tapi lori jenis Optimus Prime punye, hehe.





*google image
Moral: Jagalah Lamborghini anda, hanya untuk pemilik yang sudi menghabiskan duit berjuta-juta sahaja mampu buat apa saja kepada anda. Ermm well, analogi lagi....

Credit to:



K bye =)

Salam, lama sudah tak update blog, malas ja, campur dengan buat-buat bizi. Simple je, aku hari ini telah discover kelemahan diri aku, yang mungkin aku anggap remeh tapi ia akan memberi impak kepada kehidupan aku selepas itu. Menyusahkan aku, dan juga orang lain. Mungkin betul, everybody has a gift, something they'regood at, and i just good at nothing. 


Mungkin bunyinya macam aku telah dimotivated, namun sebenarnya tidak, aku belum berputus asa, namun aku memerlukan masa untuk recover. Ibarat aku nak pergi KFC, mungkin mula-mula aku tak pandai stat kete, pastu tak pandai tengok peta, tapi last-last sampai. So, semua salah aku, tapi last-last aku sampai. So just think positively dan selamat maju jaya...


Hmmmm pelik je, aku depressed tapi aku yang pujuk aku sendiri, huh!

USM Bloggerz