Cuka Getah: Senjata paling ampuh

Posted by Azman - -

Salam, hello gugurlzs shomeyl dan boboyzs kiutz semua *uwekkk*

Sudah lama aku tak membebel dalam blog EA ni, bukan hapa, tapi sebab malas menaip. Yelah, taip punya panjang  tapi bukan ada orang baca pun, boboi sedeyh larrr *uwekkk*

Semenjak dua menjak ni, aku tengok benda yang paling popular selain buang bayi ialah kes simbah asid. Dah macam rutin bulanan pun ada, ade je nak simbah sana sini. Si isteri tak bagi ehem-ehem kat suami pun simbah asid, dengki pun simbah asid, tak bayar hutang pun simbah asid, yang tak ada motif (hobi barangkali) pun ada, kesian budak baru balik mengaji tuh. Yang paling sadis, ada satu kes ni, dah la pecah masuk rumah, pastu perkosa, lepas tu simbah asid lak, gila trauma kot perempuan tu, memang kesian gila a, agak-agak la nak buat jahat pun, err, kalau aku ada kuasa jatuhkan hukuman kat penjenayah gila tu, nak aje aku bagi sula pastu simbah asid secara berjemaah sama dia, baru dia tahu kan!

Lately, aku tengok, pisau, parang, sabit dah tak jadi senjata pilihan dah, outdated mungkin. Yang depa pilih, CUKA GETAH, pasaipa aku pun tak tahu habaq hang. Mungkin yang ada belajar ilmu bela diri macam silat ke *ter'promote lah pulak*, mereka mungkin diajar cara-cara counter senjata tajam macam itu, namun jika senjatanya cuka getah, macam mana nak counter? Tahan dengan tangan dan tutup muka? Lari? Ok mungkinlah kan, tapi macam mana dengan kes yang kita tak jangka, datang je terus simbah, uhhh mintak jauh bhai!

Aku sendiri sudah berasa tidak aman di negara sendiri. Pernah sekali aku tunggu mak aku dalam kereta, dengan tingkap terbuka, tetiba teringat tentang pasal cuka getah ni, terus aku tutup tingkap, cuak bhai!

So macam mana nak atasi? Bagi aku penjualan cuka getah secara terbuka mungkin salah satu faktor. Frankly speaking, aku tak tahu proses pembuatan getah dan kenapa ia harus dicairkan oleh peladang itu sendiri. Bukankah ia lebih selamat jika ia dicairkan menggunakan cuka getah di kilang dengan seliaan yang rapi, lantas menghalang penjualan cuka getah secara berleluasa. Mungkin, jika cara ini boleh dipraktikkan, maka trend simbah menyimbah ini mungkin dapat dibendung.

Mungkin gegurlz dan boboyzs bertanya, kenapa nak kecoh sangat pasal ni, alah cuka getah je pun. Ok tak kecoh, tapi kalau benda ni jadi kat mak bapak korang, adik beradik korang, atau KORANG sendiri, haa baru tahu nak hargai muka comel hensem yang tuhan dah bagi kat korang tu ye, hukhuk.







Nauzubillahimin zalik...

3 Responses so far.

  1. pha is says:

    penulisan kali ni mcm berbaur ala2 setail the other khairul je.. hehehe..

  2. Azman says:

    haha cikit2 ja kot, ni the other azman kot, huhuk

  3. Ibah says:

    Nauzubillahimin zalik...

USM Bloggerz