Review Movie Paranormal Activity 2

Posted by Azman - -

Semalam (19/1/11) saya sempat meluangkan masa untuk menonton movie dekat Queensbay. Untuk melepaskan tensen study katanya(xtensen pon sebenarnya). Pegi la saya dan seorang rakan, niat di hati nak tengok cite khufarat eh, khurafat. Sampai je kat sana,bapak ar, punya lah ramai orang, pada masa tu baru la saya teringat yang esoknya cuti Thaipusam, dan tentunya ramai mereka kuar bersama keluarga dan pasangan kekasih masing-masing,ampeh je.

Malam tu,kami tengok jam di tangan menunjukkan pukul 9.00p.m,manakala cerita Khurafat tu plak ditayangkan pada pukul 9.15 p.m, dah la selling fast plak tu, tapi kami cube nasib gak,kot2 ada ke kan. Masa tu,priority kami mula2 Khurafat, pastu paranormal activity, pastu Faster, baru Season of the Witch. Beratur punya beratur,sampai la kat kaunter, usha punya usha ade seat depan je, alamak. Pikir punya pikir,xpe la, xrela kami menatap skrin yang besau tu depan2, dah la cite antu ye dop, silap2 ari bulan bole pergi tumbuk skrin mase terkejut ye dop.aha.

Pastu sebab xnak Khurafat, ambik la citer Paranormal Activity 2, tu pon pukul 9.40p.m. Sebab xmakan lagi,pegi la berkejar g KFC tingkat satu, makan punya lah laju last2 lewat gak 10minit,hahhaampeh. Ok la,punye lah panjang intro ye.Meh masuk sinopsis.


Pada tahun 2006, satu "rompakan" terjadi di rumah Kristi dan Dan Rey. Setiap bilik disepahkan dengan teruk kecuali bilik tidur bayi lelaki mereka Hunter. Satu-satunya barang yang dicuri ialah seutas kalung yang diberikan oleh adik Kristi, Katie. Dan memasang sejumlah kamera keselamatan di seluruh rumah untuk mengawasi anak mereka, Hunter.

Mereka mula mendengar suara-suara dan melihat barang jatuh atau bergerak sendiri. Martine,pengasuh hunter percaya roh-roh jahat ada dalam rumah itu dan berusaha untuk membersihkan rumah daripada "roh-roh jahat," tetapi Dan memecat Martine selepas dia membakar kemenyan dalam rumah untuk menghalau roh tersebut. Katie dan Kristi pernah bercakap tentang pengalaman mereka diseksa oleh setan atau roh yang tidak diketahui ketika mereka masih kanak-kanak. Dan anak perempuan mereka, Ali , mula menyiasat kejadian misteri itu. Dia mendapati bahawa manusia boleh membuat perjanjian dengan syaitan untuk kekayaan atau kuasa dengan mengorbankan kehidupan anak sulung mereka. Dia juga menyedari bahawa sehingga Hunter, tak ada seorang pun anak lelaki lahir dalam keluarga Kristi dan Katie sejak tahun 1930. Selepas itu,semakin banyak kejadian aneh berlaku menyebabkan Dan yang mulanya tidak percaya mula mempercayainya. Apakah nasib Hunter dan juga mampukah mereka melawan syaiton tersebut?

Nak tahu kesudahannya,tengoklah sendiri kat pawagam ataupun copy dengan kawan2 pastu bukak pawagam kat bilik. Hahahahaharun. Ok saya bagi 4.5 daripada 5.hahahampeh

7 Responses so far.

  1. Azman says:

    hang ade meeting kan,hahaha,setiap kali tgk wayang ja hang ada keje,heran ak,haha

  2. Anonymous says:

    4.5 dari 5 ..kire ok la tuh~ hahaha

  3. Azman says:

    tp kena tgk lam pawagam a,tgk kt bilik dok skip2 je mane best.hahah

  4. Anonymous says:

    ahhaha...:p tkot kan heheh

  5. Anonymous says:

    tk la..tk tgk pon..huu tkot..ahhaa

USM Bloggerz