Impian,satu pekataan yang menggambarkan sesuatu yang ingin dicapai dalam hidup ini. Walaupun hidup ini sesuatu yang bersifat sementara, ibarat tidur yang akan dikejutkan oleh satu kejutan yang dasyat iaitu kematian dan selepas itu kita bangun dan sedar sepenuhnya,itulah hari akhirat yang tiada penghujung. Tapi Nabi kita tidak menyuruh kita mengabaikan dunia, dengan pesanannya ''bekerjalah seperti mana kamu hidup selama-lamanya,dan beribadatlah seperti kamu akan mati esok''. Apa yang saya nak tekankan di sini, tak salah mencari harta bertimbun dengan syarat tidak meninggalkan suruhan-Nya. Begitulah hendaknya ye.(haha terceramah pulak ye)
Berbalik kepada impian tadi, aku cuma nak berkongsi impian aku je,iaitu kereta. Ia bermula dari minat sehinggalah menjadi impian. Aku ni bolehlah digelar peminat kereta,sebab bagi aku kereta tu seni. Mungkin minat aku ni bertitik tolak daripada abang lelaki no. 2 aku, yang mana dulu selalu menyogok aku dengan majalah-majalah kereta, dan sedikit sebanyak minat tersebut mula tumbuh melata. Sejak dari itu aku mula mengenali DOHC,SOHC dan macam2. Dan sebab tu jugaklah aku jadikan kerja yang elok sebagai platform untuk aku mendapatkan kereta2 idaman aku,hampeh kan.
Dulu,aku sangat meminati Evo, Scooby(Subaru) tapi memikirkan kereta2 lumba macam tu memerlukan penjagaan yang rapi, dan aku pulak jenis malas nak mentenen2 nih(minyak itam motor pon slalu lupa nak tukar pe kes,aha), jadi aku beralih arah kepada kereta jenis MPV, ye a kalo buat stail VIP kan smart. Buh rim sport 19' ke,pastu cat itam, sideskirt labuh, jalan merayap macam hensem, kuar kete ngan rambut pacak tambah kolar tegak, men iPhone cap ayam,peh stailo abis. So far,aku admire sangat Honda Odyssey RB1 , yang latest RB3 xde la lawa sangat. Xpun Toyota Estima ACR50,tp skarang mahal lagi =(.Maybe ade yang anak orang kaye2 yang dah ade bapak die punya tengok,eleh estima,odyssey buat benda, tapi bagi aku 2 kete bapak ko,bukan kete ko,try ko usaha sendiri beli guna duit ko tengok,aha....
Jadi harapan aku, mintak kerajaan hapuskan AP supaya harga kereta import lebih rasional dan sebabnya AP hanya mengkayakan kroni2 yang memegang AP je,cheitt. Konon nak bagi melayu maju,pastu orang melayu jual AP kat non-bumi, jadi yang kayanya sorang tu je la. FYI, sorang pengimport aka pemegang AP boleh dapat besih rm50k per car, macam Honda Odyssey yang regenya rm145k, sebenarnya dekat luar baru rm 100k. Hampeh kan. Jadi harapan aku lagi,harap2 nanti aku keje sume wishcar aku tu sume da murah2 ye regenye supaya rakyat msia dapat menikmati kereta yang elok kualiti pada harga yang murah,hoho.adios.
|
Toyota Estima ACR50 |
|
Toyota Estima ACR50 |
|
Honda Odyssey RB1 |
|
Honda Odyssey RB1 |
semua kereta besau2. sesuai utk family nanti. sekali beli je hehe ^^.
haha betol2 =]
man aku baru beli kereta Honda RB1 pkai duit sendiri....
terbaik bro, sy minat sgt kete tu, ha3, kalau ade rezeki dapatlah pakai, rajin2 la berforum nanti, ha3