Satu ketika dulu,di matrikulasi pada sem dua(bukan masa dan tempat sebenar), aku sempat didedahkan oleh seorang kawan(bukan kawan sebenar) mengenai konsep cari lalang yang terbaik. Ceritanya mudah,ada seorang pelajar bertanya kepada gurunya, bagaimana ingin memilih pasangan hidup yang terbaik, jadi cikgunya berkata,Azman(bukan nama sebenar), awak pergi ke padang dan cari lalang yang terbaik dengan syarat awak tak boleh undur kembali. Jadi pelajar itu pun pergi ke padang untuk mencari lalang terbaik(kire terbaik dari ladang,eh padang la lalang ni).
Mula-mula jumpa la yang cantik,tapi sebab ada yang lagi cantik dekat depan, jadi dia pun pergi lagi ke hadapan dengan harapan mendapat yang lebih baik dari yang tadi, tetapi masalahya pelajar tersebut akan ternampak yang lebih baik di hadapannya dan kesudahannya dia tidak berjaya mendapat yang terbaik untuk ditunjukkan kepada cikgunya. Lantas cikgunya berkata, ni lah juga manusia,apabila jumpa yang terbaik tapi masih inginkan yang terbaik dan berkesudahan dengan tiada apa-apa. Jadi moralnya apabila jumpa yang terbaik, bersyukurlah kerana anda mungkin menyesal apabila mendapat tahu yang dirasakan terbaik sebenarnya tidak seberapa. Jadi usah kecewa usah putus asa, hargailah apa yang ade, semoga anda mendapat lalang yang terbaik dalam hidup anda. Jadi berilah kredit(rm10) kepada kawan saya yang mengajarkan saya konsep ini walaupun mungkin bagi anda sudah lapuk, tapi bagi saya besar maknanya, cuma nak mengintegrasikan dalam kehidupan kita tu yang agak susah.
p/s:ni bukan post jiwang ok,post ni hanyalah pasal seorang student mencari lalang(esaimen pharmacognosy mungkin,hehe)..