Archive for March 2014


Hoi,

lama gila tak update blog, maklumlah bizi la konon konon.

Yep, cinta hatiku, telah officially married semalam.

Kui kui kui.

Actually pasal kete je pon. Baru tukar nama semalam.

Nama diberi kalau ikut surat beranak ialah Honda Civic EJ7. Tapi setelah melalui arus kemodenan ni, beliau pon tukar nama kepada Honda Civic EK99. Konon pembedahan plastik la.

Gua tau, ramai yang keje beli kete Myvi la, Almera la, Vios la, City la. Tu yang paling common.

Tapi nak buat macam mana, hati tak berkenan. Bukan high taste, tapi kalo nak kete baru gitu, aku lebih suka Civic FD atau Lancer, sebab dua-dua leh convert jadi Civic FD2R( Type-R) dan Evo X. Tapi apakan daya, harga dia mahal lagi sekarang.

Jadi aku pun memilih Civic EJ dan ditukar kepada facelift EK tahun 99. Murah je. Kalau kire berkenan model 2 pintu, tapi memikirkan harga yang bapok mahal, dan ramai orang tunggu nak sebat, jadi model 4 pintu pun jadi lah.

Civic ni kalau nak cite memang ada penggemar dia yang agak ramai, klub pun aktif juga. Kaki modified pun ramai.

Bak kata, kalau nak perabis duit, main kete a. Macam air je mengalir dia pergi.

Plan masa akan datang ialah tukar enjin B16A atau B18C, atau yang paling gila masuk enjin K20A. Pastu bubuh bonet karbon, sunroof, tapi tu tak tahu bile lah.

Harap jodoh aku dengan Mr EK ni lama, kalau nk tukar pon, FD2R je lah nanti. Hmmmph




USM Bloggerz