Syukurlah Kita

Posted by Azman - -

Hai.

Em. Lama sudah menyepi dari dunia blog ni. Kesibukan praktikal menghantui diri ini. Jelas sekali, masa sangat mencemburuiku. Pui.

Semester ini aku menjalani praktikal di sebuah hospital di pantai timur. Seronoknya ialah dekat dengan rumah. Tak seronoknya sibuk sangat praktikal ni. Kena marah tu ada la jugak, down juga la kadang-kadang. Tapi tabahkan saja. Tapi aku respek specialist di sini, walaupun ilmu mereka ni banyak, mereka cukup bersabar dalam mengajar, dan membetulkan kesilapan kami. Tidak sombong dan berlagak. Benda-benda macam ni buat aku sedar, walau tinggi mana pun ilmu kita, jangan sesekali kerek dan kedekut ilmu, dan orang pun akan respek kita balik. Kalau kita ni dah la biasa-biasa sahaja, pastu kerek dan berlagak pulak, hmmph lu pikiaq la sendiri.



Namun, aku cukup tersentuh masa praktikal dalam wad onkologi(kanser) tempoh hari. Di situ, emosinya bercampur-baur. Sedih, dan pada masa yang sama, bersyukur kita masih lagi sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang serius.

Di sana, aku dapat lihat keadaan seorang budak berumur 14 tahun, ada leukemia a.k.a kanser darah, bergelut untuk belajar ketika dalam hospital. Ada ketikanya, datang cikgu yang datang mengajar budak ini di dalam wad. Betapa bertuahnya kita masa sekolah dulu, dapat belajar tanpa sebarang ganguan, tapi bila aku fikir jenis peel perangai budak-budak sekolah sekarang ni yang suka lompat pagar, main perempuan, mat rempit malam-malam, nak je aku terajang.

Satu perkara lain yang menyentuh hati aku ialah si isteri yang tak jemu-jemu menemani suaminya di hospital akibat kanser. Baju pakai baju kurung mekap lawa-lawa, semata-mata nak bagi suaminya gembira. Peh, tacing kot. Mana-mana yang tengah syok berkapel sekarang ni, cuba pakwe/makwe dia kena kanser, huh esok lusa dah tak jumpa batang hidung gamaknya.

Peh, berkaca mata gua kejap sekarang ni.

Ok lah gua nak buat repot ni, babai.

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    Hey there, You have done an incredible job.
    I will definitely digg it and personally recommend to
    my friends. I'm sure they will be benefited from this site.

    Stop by my homepage ... Home Page

USM Bloggerz