Smoking and Studioing

Posted by Azman - -

Salam,
Salam 1Malaysia dan salam janji ditepati...Peh...

Lama sudah tidak mengupdate blog. Almaklumlah, cuti, enjoy la konon-konon.

Pe kabare semua. Mungkin lepas cuti hampir tiga bulan, semua orang bising. Tak puas cuti la, takut nak praktikal la, berat badan naik la apa la. Well, part berat badan naik tu aku pun kena, naik la jugak 2 KG, aku syak ni mesti sebab makan time berbuka tak ingat dunia, bersahur pun tak kurang jugak menketedarahnya. Hasilnya perut buncit. Apadehal, buncit tanda bahagia.

Well, kali ini aku nak bercerita mengenai aktiviti aku pada cuti ini. Pasal apa lagi kalau bukan pasal kamera. Tak habis-habis pasal kamera kan? Dah itu je keje aku. Sapa yang boring sila tutup tab ini dengan segera XD.

So, aku dan anak sedara aku, Azmi, merancang untuk buat mini studio. Konon-konon nak imitate studio yang betul laa, konon-kononnya laa...Tujuan utama studio ini dibikin ialah untuk mencuba konsep fotografi yang belum pernah dicuba, iaitu smoke photography, yang mana asap daripada ubat nyamuk Fumakila dijadikan subjek utama. Selain itu, studio ini juga boleh digunakan untuk potret, khas untuk kami berpoyo-poyoan.

Jadi untuk mewujudkan suasana studio bertaraf ala kadar, dengan tema studio kami iaitu '' Janji Siap'', kami menggunakan 4 keping kertas manila kad berwarna hitam, tripod, 2 biji speedlite atau flash dan juga kamera. Yup, simple, teramat simple, sejajar dengan tema ''Janji Siap''.

Selepas siap bikin studio ala kadar, kami terus kepada agenda sebenar, iaitu smoke fotografi. Dengan menggunakan ubat nyamuk lingkar Fumakila, flash ditembak dari arah kanan dengan menggunakan cara CLS (creative lighting system) yang terbina dalam kamera aku. Dan hasilnya... TIDAK MENGECEWAKAN.

Di bawah ini merupakan gambar asap original yang terhasil,tanpa sentuhan editing...
 

Ia memerlukan kesabaran, kerana anda tidak akan mendapat hasil yang diingini dengan satu shot sahaja. Teruskan shoot, shoot dan shoot. Hal ini kerana angin yang berpusar di dalam bilik memberikan bentuk asap yang berbeda, walaupun beza beberapa saat.

Selepas itu, bermulalah sesi berpoyo-poyo. Di sebabkan muka kami tidak fotogenik, maka terpaksa memakai hoodie, konon-konon misteri lah hewhewhew.

Contoh gambar potret original tanpa sentuhan komputer...



 Setelah menjalani proses optimisasi menggunakan Adobe Photoshop CS5...



... 


Me

Ini ialah gabungan smoke photography dengan potret pencahayaan studio...


Smoke Photography +Studio-ing

Ya, aku tahu, hasilnya tidaklah sebegitu hebat. Janganlah bandingkan dengan mereka yang shoot dalam studio yang sebenar, dengan kelengkapan berpuluh ribu. Modal studio aku ni kurang RM 10 sahaja lagipun. Namun aku agak berpuas hati, memandangkan dengan bajet yang ciput, aku berjaya imitate dan mewujudkan suasana pencahayaan studio.

Maka tercapailah objektif aku bagi projek ini untuk membuat original smoke dan juga berlatih menggunakan pencahayaan studio, yang mana kepelbagaian kedudukan sumber cahaya akan menghasilkan kesan dramatik yang berbeda. Peh.

Kesimpulan daripada projek ini, bermain dengan studio lighting agak menyeronokkan. Aku berharap aku mampu bikin satu studio yang sempurna dalam rumah aku bila aku kerja nanti, dan modelnya tak lain tak bukan ialah anak bini aku. Peh sekali lagi....

2 Responses so far.

  1. Amr Hrz says:

    cayalaaaahhh - baq fotolympus-

  2. Azman says:

    keh keh keh - jemey nikong

USM Bloggerz