Nikah Gantung?

Posted by Azman - -



Apa Itu Nikah Gantung?


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.


FAKTA: Kebanyakan umat Islam kurang mempunyai kefahaman mengenai Nikah Khitbah dan takut mengambil risiko.


Kopi pasta dari facebook.

Ni video UAI mengenai nikah gantung

Jadi,mari kita pakat-pakat nikah, lagipun baru- baru ni kan ada budak 14 tahun kahwin dengan budak 16 tahun, okay la tu. Mencegah daripada benda-benda tak patut. Maklumlah zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu, banyak pancaroba.

Tapi ye lah, budaya kita sudah berbeza dengan budaya zaman tok nenek kita dulu. Dulu, even mak aku sendiri pon kahwin awal, apedehal.

Zaman sekarang, kita terlalu takut, takut susah belajar, takut susah kerja, takut tak cukup makan, takut susah cari rezeki. Padahal, zuriat tu pun rezeki, provided pandai jaga la, kalau tak pandai jaga nanti besar-besar cekik leher kita balik.

Lecturer aku pun ada je yang kahwin masa belajar, ok je. Ye la, maybe ade la cabaran tu, tapi kalau semangat kuat apedehal peh.

Tapi itu lah, cakap senang, nak buat tu payah. So, akibatnya maksiat merata-rata, anak luar nikah merata-rata dibuang. Ya, itulah akibatnya. Tengok zaman mak nenek kita, mana la ada sangat benda-benda macam tu, kan?

Ok lah sembang gegar pon tak guna, padahal gua pun tak tahu ke mana hala lagi. Babai

4 Responses so far.

  1. Pha Is says:

    ko bila lagi..???? hahahha

  2. Azman says:

    gile ko, aku mumaiyiz pun belum, wokokoko

  3. nikah gantung ni kebaikan die blh elak maksiat!!

  4. baru tahu..terima kasih bagi penerangan begitu lebar nikah gantung nie..yg penting nikah gantung nie boleh elak maksiat kan bagi yg gatal sgt la kan..:-)

USM Bloggerz