Archive for July 2012



Apa Itu Nikah Gantung?


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.


FAKTA: Kebanyakan umat Islam kurang mempunyai kefahaman mengenai Nikah Khitbah dan takut mengambil risiko.


Kopi pasta dari facebook.

Ni video UAI mengenai nikah gantung

Jadi,mari kita pakat-pakat nikah, lagipun baru- baru ni kan ada budak 14 tahun kahwin dengan budak 16 tahun, okay la tu. Mencegah daripada benda-benda tak patut. Maklumlah zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu, banyak pancaroba.

Tapi ye lah, budaya kita sudah berbeza dengan budaya zaman tok nenek kita dulu. Dulu, even mak aku sendiri pon kahwin awal, apedehal.

Zaman sekarang, kita terlalu takut, takut susah belajar, takut susah kerja, takut tak cukup makan, takut susah cari rezeki. Padahal, zuriat tu pun rezeki, provided pandai jaga la, kalau tak pandai jaga nanti besar-besar cekik leher kita balik.

Lecturer aku pun ada je yang kahwin masa belajar, ok je. Ye la, maybe ade la cabaran tu, tapi kalau semangat kuat apedehal peh.

Tapi itu lah, cakap senang, nak buat tu payah. So, akibatnya maksiat merata-rata, anak luar nikah merata-rata dibuang. Ya, itulah akibatnya. Tengok zaman mak nenek kita, mana la ada sangat benda-benda macam tu, kan?

Ok lah sembang gegar pon tak guna, padahal gua pun tak tahu ke mana hala lagi. Babai

Hai you olls, kabare?

Selamat bercuti kepada yang tengah bercuti, dan selamat mendapat result kepada yang baru dapat result. Yang berjaya ucapkan syukur, yang kurang berjaya pula, tak mengapa, mungkin ada sebab kenapa ia berlaku. Cuba check balik, ape yang silap. Cara belajar mungkin, cara ulangkaji mungkin, cara menghafal mungkin. Semuanya bersebab. Kenalpasti kelemahan diri. Itu paling penting. Macam aku, aku tahu aku susah nak ingat kalau baca pakai handout, so aku buat nota sendiri. Itu aku, korang mungkin lain. Eh, dah off topic sudah. Lagipun aku bukan terer sangat pun nak bagi motivasi kat orang, pointer pon cukup makan je, thehehehe.

So, apa yang aku nak bercerita malam ni ialah mengenai hobi orang tua. Eh bukan, orang berumur. Biasanya yang berumur 35-40 an.

Antara hobi yang aku perasan ialah:

1. Main kereta.
2. Main motor besar.
3. Main 4X4/ masuk hutan
4. Main kamera ( aku kot nanti)
5. Main perempuan ( dekat siam lettew)

Mungkin ade la hobi memancing, kumpul stem, tapi itu kira hobi bukan ekstrem sangat, lebih kepada isi masa lapang sahaja.

Hobi yang aku cakapkan ialah hobi yang memerlukan modal yang besar. Ye lah, memang itu pun tujuannya. Nak menghabiskan duit. Jenis duit banyak tak reti pergi ke Mekah lol.

Macam abang sulung aku,  beliau meminati sukan lasak, masuk hutan redah sungai, pakai 4X4. Sebab itu juga, dia mempunyai 4 biji jip, iaitu2 biji Pajero, 1 Suzuki Vitara, 1 jip Jimny.

Lepas itu, hobi itu mula berjangkit kepada abang kedua aku, menyebabkan dia beli Suzuki Vitara sebijik, tapi tak lah sampai buat masuk hutan.

Pernah sekali, aku duduk semeja dengan dorang bersama seorang mekanik, sempang pasal kereta 4X4, pung pang pung pang satu pun aku tak paham.

Dalam diam, aku mula menaruh minat terhadap sebiji kereta lasak ni, iaitu model Land Cruiser BJ. Classic plus Vintage habaq mai.Comel je.

Namun, kalau aku pakai pun, mungkin sebagai kereta hujung minggu. Tak pun buat pergi hantar anak mengaji Qira'ati.

Kalau nak kira, hobi orang tua aku ialah main kereta atau main motor besar. Tapi dua-dua banyak pakai duit. Kalau gaji puluh ribu lain cerita. Jadi, satu pilihan lain ialah main kamera. Tak ade lah mahal sangat kalau banding dengan kereta motor.  Ye lah, kalau kira:

1. Nikon D600 :RM5000
2. Nikkor 14-24mm : +- RM5000
3. Nikkor 24-70mm : +-RM 5000
4. Nikkor 70-200mm : +- RM7000
5. Nikkor 85mm : +- RM1500
6. Nikkor 105mm Micro: +- RM3500
7. SB910 : +- RM1500

TOTAL: RM 28,000

Haa murah kan, kalau kira nak main moto besar, maybe baru lepas Kawasaki ER-6N je kot, nak main kereta pon, EVO 4 pun tak lepas lagi dengan modal banyak itu.

Tapi itu angan-angan saja lah. Angan-angan mat jenin kate ko.

B.T.W, ni lah jip yang aku maksudkan, comel kan? Babai.


Lama tak post, xde modal dekpon.

Kali ni, aku tak nak cakap banyak, aku share je video youtube ni. Pandai-pandailah korang digest ye, wohoo


Btw, mana nak cari kopiah macam ustaz ye lol

USM Bloggerz