Cerita Perihal V.I.P (Very Insolent Person)

Posted by Azman - -

Okay, ni bukan pasal orang, ini pasal kereta. Nape aku suka post pasal kereta? jawapan dia sukati aku a, da blog aku, ade aku kesah? hahaha
Kali ini berkisar pasal kete VIP lak. Sebelum ini pun aku penah mention pasal kereta VIP dalam post2 lame, tu pun kalo korang baca.

Benda kete VIP ni? Mungkin kalau mereka yang tidak ambil pot pasal kereta, mungkin mereka ingat kereta VIP ni kete yang datok2 pakai, yang ade logo kuning kat no. plat kan? kan?
Bukan, La, Nehi. Tidak benar sama sekali! Jadi, kalau ingin tahu, meh baca meh.

Sejarah VIP
Ia bermula di suatu kampung, ketka burung berkicauan, eh ape lak, tu scene dalam hantu kak limah!

Kete VIP lahir secara tidak harfiah, kira-kira 14 tahun dahulu di jepun. Ketika itu, satu geng yang dipanggil Black Cockroach di Wakayama Prefecture. Geng ini mempunyai kereta hitam seperti Crown, Cedric, Cima (ni suma jadi teksi @ prebet kot kat Msia) yang mempunyai design yang unik lantas menarik perhatian penggemar kereta ketika itu sehingga  muncul dalam majalah dan sebagainya.
Ini merupakan titik tolak kereta VIP terdedah kepada umum sebenarnya. Selepas itu, geng2 jahat seperti Yakuza mula menggunakan konsep kereta seperti itu. Tidak hairanlah kalau anda perasan bahawa semua kereta bos penjahat dalam movie kebanyakannya berwarna hitam kan, konon Nampak jahat la kan, aha.
Sebelum dikenali sebagai VIP, ia juga dipanggil kereta Haiso atau Kowamote  (buruk benor namanye yer ). Namun nama VIP muncul selepas mereka mengubah konsep terdahulu kepada konsep yang lebih mewah.

Jenis kereta yang di'VIP'kan

Mengikut VIPian yang tegar, mereka hanya mengiktiraf kereta tertentu sahaja layak diVIPkan. Sebolehnya, kereta tersebut mestilah mempunyai badan yang lebar, bonet depan dan belakang yang panjang, ruang roda yang besar dan banyak ag. Kereta Nissan Cefiro, Toyota Crown, Lexus LS400 merupakan contoh yang baik.


Namun, sekarang dah tak kisah sangat dah kereta kelas ape pun. MPV ok lagi, SUV? Kereta kompak?? Sampai kancil pun orang buat VIP pe cer? Men sebat je dorang nih, haha



Ciri-ciri yang Harus Ada Pada Sebuah VIP
Senang citer, HITAM, RENDAH, LEBAR DAN RIM BESAR.Tu yang paling basic la, walaupun ade yang buat kaler putih, tapi 3 yang lain itu WAJIB ada okeh!
Dan sebab tu juga lah, walau kereta kancil pun, kalau ade ciri tersebut, masih lagi bole dipanggil VIP.

Ciri-ciri yang biasa ada ialah 
  • Rim besar + tayar nipis gila (biasanya rim yang jenis bibir tebal ) 
  • Tayar terperosok dalam ruang roda kira2 satu atau duu inci 
  • Rendah melampau, biasanya guna air ride, jenis boleh naikkan balik
  • skirting labuh, wat sapu bonggok dan taik ayam
  • Body lebar melampau, siap ade muncung atau ekor itik kalau boleh
  • Bahagian dalam biasanya wood-look
  • Dashboard berbulu bagai
  • Enjin yang dipertingkatkan (biase tak upgrade pon, tak cukup modal kot)
·    
·       Okeh, tu jela kot, by now kalo da siap baca, korang at least tahu la ape tu kete VIP k, tp kalo xtahu pon xpe, ade aku kesah?haha
Ni  Ni aku tunjuk skit contoh kereta VIP terbaik pernah aku tengok, Toyota Crown Athlete. hahaha papai





n
·       
·         

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    It's perfect time to make some plans for the future and it's time
    to be happy. I've read this post and if I could I desire to suggest you few interesting things or advice. Perhaps you could write next articles referring to this article. I want to read more things about it!

    Also visit my page Full Report

USM Bloggerz